Pages

Subscribe:

Labels

Tuesday, December 21, 2010

WASIAT HASAN AL-BANNA





  Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah.

Tips-tips penting sebagai Pemimpin pelajar

1. Sifat-sifat Seorang Pemimpin


* Berilmu


* Bertaqwa


* Yakin pada diri sendiri


* Mengenali jiwa dan citarasa ahli dan sesama pimpinan


* Teladan dan contoh yang baik kepada pelajar


* Pandangan yang jauh dan tajam


* Tenang dan tidak gopoh


* Istiqamah dan sabar


* Berkorban


* Tidak mengenal erti mengeluh


* Bersikap terbuka


* Berani


* Tegas


* Lunak terhadap sesama ahli


* Mampu bergaul dengan semua peringkat pelajar




2. Psikologi Kepimpinan


* Kebolehan untuk memimpin


* Kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tepat


* Keutuhan peribadi


* Mempunyai semangat juang


* Mempunyai daya reka


* Kebolehan mengananalisis suasana yang dihadapi


* Berkeupayaan untuk memahami orang lain
(bersikap terbuka)


 * Berani bertindak dalam menghadapi risiko.


* Mengurus dengan baik


* Boleh bertutur dengan jelas dan meyakinkan





insyaAllah, kita sama-sama mencuba ya ! 

Tuesday, December 7, 2010

Berhujah biar ada Dalil

Kadang-kadang kita orang Islam, even sebagai ahli harakah Islamiah sekalipun, kita banyak mengutamakan logik pemikiran dan meletakkan akal fikiran kita di hadapan mengatasi al-Quran & Sunnah serta rujukan lain bagi umat Islam. 
Apabila kita memberikan hujah kita, muncul rasa gah dalam hati yang kita nie orang hebat tapi hujah kita masih tak cukup kuat, tidak kukuh andai kita tidak kukuhkannya dengan dalil. 
Dalil ada dua jenis dalil 'aqli dan dalil 'naqli. Bukanlah bermakna salah menggunakan logik akal dalam membahaskan hujah tapi kita lihat yang mana yang lebih utama. Andai sesuatu hujah dapat dikukuhkan dengan dalil naqli, apa salahnya kita berikan saja dalil naqli sebagai pengukuhan daripada kita menggunakan dalil 'aqli.

Kalau kita nak bagi dalil naqli nie secara tak langsung kita kena menghafal dalil dari al-quran dan sunnah untuk kita sebutkan dalil-dalil nie tanpa perlu merujuk berulang-ulang kali pada kitab.
 Jadi secara tak langsung kita sedang sikit demi sikit menghafal al-quran. Lama-lama lidah kita juga menjadi lekat dengan al-Quran. Pemikiran kita juga dipengaruhi dengan apa yang telah termaktub dalam al-Quran & hadis. Kitab al-Quran yang ada di rumah itu gunanya untuk dibaca dan ditadabbur, bukan sebagai hiasan mencantikkan hiasan dalaman rumah. Beriman kepada al-Quran itu bukanlah beriman kepada kitabnya tapi kepada isi kalamullah yang terkandung dalam kitab al-Quran itu.
 Jadi bukanlah tandanya kita beriman dengan al-Quran kalau kita tak hanya meletakkannya di tempat tinggi di rumah tapi dibiarkan berhabuk tak dibaca.

alQuran panduan,penunjuk jalan.

Kelebihan al-Quran ini sangat hebat dan sudah termaktub dalam hadis Rasulullah saw bahawa baginda pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini :

Aku tinggalkan kepada kamu dua benda yang kamu selama-lamanya tidak akan sesat andai kamu berpegang teguh dengannya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah rasul-Nya (Rasulullah saw).

Perlu juga kita fahami kenapa kita perlu memberikan keutamaan kepada al-Quran & Sunnah sebagai pengukuh hujah kita. Tak lain tak bukan kerana al-Quran itu kalam Allah yang Maha Bijaksana. Maka hujah manusia manakah yang setanding kalam Allah? Sudah tentu tak ada sesuatupun yang mampu menandingi Kebijaksanaan dan Ketelitian Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Teliti. Kita sebagai hamba yang dicipta Allah nie perlu mengakui kelemahan dan kehinaan kita ini walau sehebat mana kita sekalipun.

Allah juga mencabar manusia untuk menulis sebaik kalam Allah dengan disediakan seluruh lautan sebagai tinta tapi tetap juga tak ada sesiapapun yang mampu menandingi kehebatan dan ilmu Allah. Maaf tak ingat dalil dalam surah mana tapi memang wujud cabaran Allah ini kepada manusia yang terkandung di dalam al-Quran. Allah juga ada berfirman dalam al-Quran:

"Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Qur an kepada hambanya agar ianya menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam..."

Hadis juga tak ketinggalan. Ini adalah sabda Rasulullah saw. Firman Allah dalam surah An-Najm ayat 3-4 yang maksudnya:

"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berbohong dengan Agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, Segala yang diperkatakan itu (samada Al-Quran ataupun Hadis ) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepada-Nya"

Rasulullah juga diutuskan sebagai penyempurna akhlak. Rasulullah juga sebagai role-model & panduan dalam kita menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia.
 Segala sunnah Rasulullah apabila dikaji sangat-sangat bersesuaian tak kira tempat tak kira masa dengan kehidupan manusia. Inilah bukti agama Islam bersifat 'Alamiyyah (Universal). Maka dengan menurut Islam kita sedang mempraktikkan Complete Way of Life.

Dalil 'aqli pula boleh juga digunakan kerana tidaklah Allah kurniakan akal kepada manusia itu untuk main-main melainkan ada kegunaannya yang tersendiri. Maka penggunaan akal itu hendaklah ada adabnya iaitu berlandaskan al-quran dan as-sunnah. Maka atas sebab itulah adanya ijtihad para ulama'. Maka wujudlah ijma', qiyas sebagai dua lagi sumber hukum yang disepakati dan beberapa hukum yang tak disepakati seperti sadduz zarai', istishab, istihsan dan lain-lain.

Oleh itu, kita sebagai seorang yang ingin menunjukkan dan menampilkan ke'izzahan Islam, perlu untuk kita menampilkan ke'izzahan itu dengan memberikan dalil kepada hujah-hujah kita. Kita sebagai duta orang Islam dan kitalah yang perlu menunjukkan kehebatan ayat Allah itu. Jika bukan kita yang memanfaatkan ayat-ayat cinta tersebut, siapa lagi yang mahu ? Kristian ? Buddha? tidak..tidak.. kita sendiri yang tahu jawapannya...

Wallahua'lam

Thursday, November 25, 2010

MUSLIMAH, AWAS !!!!!! 13 AURAT MU YG WAJIB DI JAGA.

Untuk dikongsi bersama..... .......

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

...........................................................................................



Saturday, November 6, 2010

WAHAI 'BUDAK AGAMA', JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

P/S: ‘Budak Agama’ yang dimaksudkan adalah individu yang pernah bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam dan yang sama erti dengannya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini kita semua dapat bertemu dalam halaqah cinta. Halaqah yang semua ahlinya mencintai sesame yang lain hanya kerana Allah. Jadi, ahlan wasahlan ana ucapkan kepada semua sahabat2 baru yang akan bersama-sama memartabatkan Islam di bumi UKM yang bertuah ini”

“InsyaAllah”

“Jadi kita akan mulakan dengan sesi taaruf. Ya sheikh, sila perkenalkan diri”

“Nama ana Harith Faisal bin Mohd Imam Ma’arof. Berasal dari Slim River, Perak.  Sekolah lame kat SMK Agama Slim River”

SMKA?
KISAS?
SMAP?
MAAHAD?

 Apa yang istimewanya dengan sekolah agama ni?
Apa bezanya dengan sekolah2 yang lain?
Hebat sangat ke ilmu agama budak2 sekolah agama ni?

Apabila kita dapat tau yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam, maka apa yang dapat kita bayangkan adalah peribadi seorang muslim atau muslimah yang kuat pegangan agama, bersopan santun, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam2 lagi perkara yang baik2. Tapi adakah pendapat2 sebegitu masih relevan pada masa ini? Jawab la sendiri ye.


Budak agama sepatutnya menjadi contoh dan tempat rujukan kepada masyarakat. Dan pada masa yang sama menjadi duta kepada agama yang kita cintai iaitu Islam. Walaubagaimanapun, budak2 agama kini tidak merasakan yang mereka ini istimewa untuk membawa agama Allah ini.

PERHATIAN KEPADA SEMUA BUDAK AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

“Ah, dulu kat sekolah lain. Aku pakai tudung labuh pon sebab dah memang peraturan sekolah camtu. Aku pon ikut je la. Mase zaman sekolah dulu pon, pakai tudung labuh mase kat sekolah je. Kat luar, aku pakai tudung biase2 je”


“Ala, sekati la nak couple pon. Mase kat sekolah dulu tak dapat buat sebab takde org berani couple kat sekolah agama(ye ke??). Sekarang ni, kita bukan kat sekolah agama lagi pon”

“Wei, please la. Aku tak nak jadi jadi hipokrit ok. Inilah diri aku yang sebenar. Aku rase, aku lagi baik dari dorang yang kononnye berlagak alim(perasan je). Alim2 kucing je tu. Takde maknenye”

Nah!! Lantang betul mereka bersuara mempertahankan diri masing2 dengan hujah2 yang sememangnya rapuh. Adakah Islam itu hanya berkuatkuasa di dalam sekolah sahaja? Bila di luar sekolah, Islam diketepikan? Sedangkan Islam itu sesuai dilaksanakan di mana2 sahaja. Islam itu adalah sebagai addin(cara hidup) kita walau di mana mana sahaja kita berada. Janganlah ketepikan hukum2 Allah itu. Takut2, Allah akan ketepikan kita semasa di akhirat kelak. Nauzubillahi min zalik…

Hebat sangatkah kita sampai berani bermain2 dengan hukum Allah. Islam itu sendiri bersifat syumul(menyeluruh). Ciri Islam yang syumul ini membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang punya dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mangetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakan manusia. Sebab itu, Islam sahajalah yang mampu memenuhi keperluan manusia; baik sebagai individu, mahupun kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 138:
“Itulah corak(celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah”

Jadi, berbalik kita kembali kepada kata2 ‘lancar’ budak agama sebentar tadi. Hipokritkah orang yang ingin mengamalkan Islam? Hipokrit ataupun kembali kepada fitrah? Kita ini secara fitrahnya adalah Islam. Islam itu fitrah. Jadi, dari planet manakah wujudnya ideology yang mengatakan orang yang ingin mengamalkan Islam (walaupun dulunya dia fasik) adalah seorang yang hipokrit? Sungguh dangkal fikiran orang2 yang mengatakan sebegitu rupa. Berfikir baik2 sebelum keluarkan apa2 statement. Kalau tidak pun, berdiam diri adalah lebih baik.


Saya hanya membawa beberapa contoh sahaja. Realitinya, memang ramai budak agama yang berperangai seperti ini. Anda sendiri mungkin pernah terserempak/berbual/berkawan/berjalan dengan insan2 sebegini juga,kan??

Jika budak agama bercouple, maka orang lain akan anggap yang bercouple itu dibenarkan.
Jika budak agama meninggalkan solat, maka orang lain akan fikir bolehlah tinggalkan solat.
Jika budak agama tidak menjaga muamalat, maka orang lain pun tidak kisah dgn muamalat yang dituntut oleh Islam.
Jika budak agama tidak memelihara auratnya, maka orang lain pun ikut sahaja.
“Habis tu, dah budak agama pun buat bende2 camtu, kitorang yang biase2 ni ikot je la”

Jika budak agama menyanyi di atas pentas sambil menari berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, maka lihatlah kesannya nanti. Fikir2kan lah. Takkan nak kena bagi tau jugak..

WAHAI BUDAK2 AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

Jadi, kepada budak2 agama. Renung2kan, di kelompok manakah anda berada sekarang ini? Adakah anda pada saat ini menjadi duta kepada Islam? Adakah anda menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat? Ataupun anda sendiri adalah FITNAH kepada Islam? Jika anda sedang menjadi fitnah kepada Islam, cepat2 lah bertaubat. Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya.

Rasanya, cukuplah sekadar itu sedikit perkongsian yang saya peroleh daripada pemerhatian saya selama ini. Sebelum saya berhenti menaip, saya ingin memohon maaf jika ada insan2 yang terasa hati semasa membaca note ini.

Saturday, October 16, 2010

Dunia Islam Perlukan Lebih Ramai 'Maher Zain'


Alhamdulillah, Selasa lepas saya berkesempatan menghadiri sebuah makan malam sempena kosert amal bersama Maher Zain yang diadakan di Shah Alam Convention Center (SACC).
Konsert amal ini diadakan untuk mengumpul dana bagi Raudhatus Sakinah dan Islamic Information & Services (IIS) Foundation.

Saya mula mendengar lagu-lagu Maher Zain selepas salah seorang co-founder iLuvislam.com, saudara Firdaus Rahim menghantar email kepada krew-krew iLuvislam.com beberapa bulan lalu.
Sejak itu, saya terus tertarik dengan lagu-lagu beliau. Satu per satu saya dengar sambil membaca liriknya.
Ternyata hasil kerja beliau dan Awekening Record adalah luar biasa - mampu menyentuh hati saya sebagai pendengar.
Semoga Allah SWT merahmati usaha dan kerja mereka.


Fenomena

Hanya selepas beberapa bulan, Maher Zain telah berjaya mencipta satu fenomena yang saya kira sangat positif.
Hasil karya beliau dan Awakening Records bukan sahaja mampu menarik minat golongan 'islamik' untuk meminatinya, malah ramai juga golongan 'biasa-biasa' yang menjadi peminat beliau.

Berdasarkan pemerhatian saya, lagu-lagu Maher Zain secara keseluruhannya berkisar tentang ketuhanan, kesedaran, kesyukuran, perpaduan dan kasih sayang - elemen-elemen yang penting dalam hidup kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah SWT.

Menariknya tiada satu pun lagu yang berkisar tentang cinta songsang muda-mudi yang selalunya diketengahkan oleh artis-artis nasyid tempatan (Malaysia).
Mungkin ia boleh menjadi satu 'point' penting yang perlu dicakna oleh artis-artis kita.
Hari ini kita tidak boleh memisahkan masyarakat dengan muzik.

Namun tidak banyak muzik yang mampu mendidik jiwa dan sedikit yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

Kebanyakan anak muda lebih menggemari lagu Justin Bieber daripada lagu Aeman
Sebahagian anak remaja pula merasakan bahawa mendengar lagu nasyid sama sahaja seperti mendengar lagu jiwang nyanyian artis bukan nasyid.

Maher Zain Menjadi Bukti

Pada pandangan saya, kehadiran Maher Zain membuktikan bahawa lagu nasyid mampu menarik minat masyarakat mendekati Islam. Buktinya kita boleh lihat apabila Maher Zain datang ke Malaysia sempena 'road tour' beliau.

Peminat beliau bukan sekadar anak remaja, malah juga golongan dewasa.
Semasa konsert yang saya hadiri Selasa lepas, ramai peminat yang bertaraf 'nenek' turut menghafal lagu beliau.
Ketika konsert juga, saya lihat peminatnya bukan sahaja terdiri daripada golongan 'kuat agama' tetapi golongan 'huha-huha' turut mendengar dan menghafal lagunya.
Seronok hati saya melihat keadaan ini.

Saya doakan agar lebih ramai 'Maher Zain' yang bakal lahir di dunia ini supaya lebih ramai manusia mampu menemui semula keindahan Islam melalui muzik. Insya-Allah dengan izinNya.

Friday, October 15, 2010

Ada Hikmahnya

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda.
 Mereka amat menyayangi kuda itu.
Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.
Tentu Tok sedih.."
Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata,

 "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata,

 "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.
Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.
Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.
Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.
"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum dan berkata,

 "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.
Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.
Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka...

"Mesti ada hikmahnya."


Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.