Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, December 31, 2011

Kisah Tukang Gunting Rambut...


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Sumber : facebook.com/jomdakwah

Friday, December 30, 2011

Wallhu a'lam atau Wallahu 'alam??


PENULIS artikel keagamaan (Islam) atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam yang membawa maksud : “Dan Allah lebih tahu atau Yang Maha Mengetahui). Ada pula yang ditambah dengan bish-shwabi menjadikan ia Wallahu a’lam bish-shawabi.

Jelas perkara ini menunjukkan bahawa Allah SubhanAllah Taala-lah yang Maha Mengetahui atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Haq dan Pemilik Kebenaran mutlak. Kebenaran yang kita tuliskan itu adalah relatif kerana kita cuma manusia biasa yang banyak kesilapan dan seringkali lupa.

Walaubagaimanapun, jika kita perhatikan, banyak kekeliruan yang timbul dalam penulisannya, iaitu dalam penempatan koma di atas (‘).

Penulisan yang sebetulnya untuk membawa makna “Dan Allah Maha Mengetahui” adalah Wallahu a’lam (tanda koma di atas [‘] setelah huruf “a” atau sebelum huruf “l”). Tapi seringkali kita baca dan terjumpa penulisan seperti : Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).



Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam membawa erti atau makna yang berbeza.

1- (Wallahu a’lam) membawa erti/makna “Dan Allah Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”.

2- (Wallahu ‘alam) pula membawa erti “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa arti ‘alam di situ? Kalau ‘alamin atau ‘aalamin, jelas membawa erti alam, seperti dalam bacaan hamdalah –alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Maha Mengetahui”, maka cara yang betul adalah Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam.

A’lam atau asalnya ialah ‘alima yang bermakna tahu. Melalui kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, yang bermakna ilmu/pengetahuan), ‘alimun (fa’il/pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/a’lam (lebih tahu).

Tanda petik tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam mentransliterasikan bahawa untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab (seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya).

Kata a’lam bermakna “lebih tahu atau Maha Mengetahui”. Maka, jelaslah bahawa penulisan yang betul adalah : Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam.

Saya yakin bahawa penulisan rakan blogger atau penulis-penulis artikel menulisnya secara tidak disengaja, sebagaimana yang kita tahu, sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan samada secara kita sedar mahupun tidak sedar. Adakalah kita merasakan perkara yang kita tulis adalah benar walhal ianya salah. Saya yakin, maksudnya Wallahu a’lam, “Dan Allah Maha Mengetahui”.

Wallahu a’lam

Selamat tinggal Sayang..

Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.

'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

====================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'

Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.


====================================
2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.

Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.

'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
==================================


'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.

'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
===================================


Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!

Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.

Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'

Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan.

p/s: Cegah sebelum terlambat, anda mampu mengubahnya! Ingat!

" Umat Islam harus cemerlang 
hari ini mesti lebih baik dari semalam...
Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh..
Kita ada Allah Maha Kuasa..
Kita ada kuasa tenaga..
Doa sebagai senjata..
Umat Islam sentiasa boleh..

Hindari bahaya rokok dan ingatlah nyawa insan-insan sekeliling kita.


-Artikel iluvislam.com

Minyak Wangi??Apa hukumnya??

Ok..post kali ni, ana nak share dengan antum tentang wangi wangian..Haa..Tak tahu lagi,kan..jom kita baca atikel ni...

Waktu SUNAT wanita berwangi-wangian

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.



Waktu MAKRUH wanita memakai wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.



Waktu HARAM bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Ok..sekarang kita dah tahu, kan tentang hukum berwangi wangian.. So, beramallah..ingat!!ilmu tanpa amal ibarat komputer tanpa keyboarad..betol ke??
ye la..kalo kita ada komputer pon, tak ada keyboardnye, tak ada gunanya komputer tu..

yang baik itu datang nya daripada ALLAH dan yang buruk itu juga datang daripada ALLAH tapi melalui kelemahan ilmu, iman dan amal ana..
diharapkan andai ada salah dan silap dalam penulisan ini, minatak tegurkanlan yer..

wallahu a'lam..

Wednesday, December 28, 2011

Demam:percikan api neraka??

Sahabat mujahid mujahidah pernah tak demam? Mesti pernah kan...Apa yang mak kita buat yer bila kita demam?? Perasan tak mak kita akan letak towel kecik yang dah direndam dengan asam jawa atas dahi kita. Ada tak?? Ada kan??



Ok, hari ini kitorang nak share sikit dengan antum semua tentang ilmu FIQAH pERUBATAN...

Nak tahu tak apa pentunjuk daripada Rasulullah tentang rawatan demam??

1. "Daripada Abn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka. Kerana itu,kerana itu, sejukkanlah badan yang demam itu dengan air"<< daripada hadis ni, bagaimana caranya nak hilangkan demam?? yaa.. renjislah tubuh dengan air atau rendamkan badan dalam air..

2. Daripada Abbas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda: apabila salah seorang daripada kamu demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur..

3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: apabila salah seorang daripada kamu demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah mentaufiqkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam air yang mengalir, menghadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklan membaca basmalah. Hendaklah berendam sebanyak 3 kali selama 3 hari. jika tidak sembuh juga, cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali insya-Allah.

4. Daripada Jabir r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bertemu dengan Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: Mengapa kamu menggigil? Jawabnya: Demam dan tiada kepberkatan Allah padanya. Sabda baginda s.a.w.: jangan mencaci demam, kerana ia menghapuskan kesalahan anak Taufiq, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat pada besi.

ok..antum faham tak? haa... demam tu adalah percikan daripada api neraka.. ok, apa tujuan Allah menjadikan api neraka?? haa..pandai..untuk menghapuskan dosa.. so, apa tujuan Allah bagi kte demam?? untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita..betol tak?? so, lepas ni, kalu demam, jangan merungut sebab Allah nak uji kita sama ada kita sabar ataupun tak dengan ketidakselesaan demam...kalau kita sabar, cuba bayangkan berapa banyak pahala kita dapat.. dah la dosa kita diampunkan, dapat pahala pulak tu... hmm..beruntung betul kan kita??

Bagi yang tak sakit, jangan pula kita mintak nak sakit.. Waktu sihat wal afiat nilah kita nak beribadah dan merjasa kepada orang sekeliling kita.. Bersyukurlah...

ingat lima perkara sebelum lima perkara..

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati



yang baik datang daripada Allah dan yang buruk pun datang daripada Allah sbg ujian untuk kita.. wallahu a'lam...

Tuesday, December 27, 2011

FirQatul Faizin 2011...

Pada 22 hingga 24 Julai 2011, pihak Badan Dakwah Dan Kerohanian(BADAR) telah diamanahkan untuk mengadakan kem khas untuk para pelajar tingkatan 2 yang bertemakan ‘Solat Membina Insan Cemerlang’.

Kem yang julungkali diadakan ini bertujuan bagi membina sahsiah dan memperbaiki ukhwah sesama pelajar tingkatan 2 yang semakin lemah sejak kebelakangan ini. Semasa kem tiga hari dua malam ini berlangsung, para peserta didedahkan dengan ibadah solat dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian serta mengamalkannya.

Objektif khusus bagi program ini adalah:

1. Melahirkan pelajar yang mampu memimpin diri sendiri dan orang lain.
2. Menjalinkan dan merapatkan ukhwah antara para pelajar.
3. Melahirkan para pelajar yang berketerampilan dan serba boleh.
4. Solat membentu disiplin dan sahsiah pelajar.

Antara detik-detik manis semasa program berlangsung...

Sebuah Pertemuan...


Rekreasi Minda...






Secret Shadow...

Baitullah...




Riadah...



Ok.. Macam mana??best tak..
Semoga program ini dapat menyemai nilai nilai yang murni dalam diri para pelajar..
Kami berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang hebat...


*kepada adik adik tingkatan 2, maaf kerana gambar tak terlalu banyak kerana terdapat sedikit masalah teknikal..
insya-ALLAH kami akan menambah lagi gambar untuk program ini..

"Ringan Ringan dalam Dosa??



Seiring dengan usaha kita membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud pula penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Ia tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Di samping mengaburi mata kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kita perlu kenal pasti laluan syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan kita.

Apabila kita amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!

Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?

Bahaya Panahan Mata Syaitan

Sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat.

Kuat sangat ke?

Memang kuat!

Kerana ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Sebab itulah Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata mesti dijaga. Sama ada terhadap mereka yang menutup aurat mahupun yang tidak menutup aurat.

Telah berlaku di zaman Rasulullah, ketika Al-Fadhl bin Abas menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdhalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu lalu Rasulullah memegang kepala Al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.

Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan Al-Fadhl.

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali :

"Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu)." (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Jadi?

"Jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu hati akan jadi tenang. Mudahlah melaksanakan ketaatan dan beribadah kepada Allah. Sebaliknya, mata yang dibiarkan MELIAR dan tidak dijaga akan mengotori jiwa dan merosakkan hati hingga menjerumuskan kepada kemungkaran."

Urusan mengawal pandangan ini tidak hanya di kalangan lelaki sahaja. Dituntut sama sahaja buat perempuan juga. Malahan perlu berlaku kerjasama kedua-dua pihak. Tidak satu pihak menjaga tatatusila, sedangkan satu pihak lagi menggoda. Perkara ini mesti diberi perhatian serius!




Ibnu Abas pernah berkata :

"Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya."

Pandangan Yang Tidak Sengaja Bagaimana Pula?

Rasulullah ketika ditanya mengenai pandangan yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya mengalih pandangan dan mengelak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Rasulullah juga ada bersabda :

"Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Barang siapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah."

Jelingan dan kenyitan mata akan mempelawa hati mendorong perlakuan lebih berani.



Bagaimana ye?

Bersentuhan berlapik, menginjak kepada tidak berlapik. Kemudian berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat terang dan juga sunyi boleh mengundang berlakunya maksiat. Sentiasalah memelihara diri kita daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong untuk turut melakukan dosa. Jika kamu tidak menggoda, pasti orang lain tidak ternoda. Jagalah pakaian ketat dan cara pergaulan kamu. Tepati maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya."

Pergaulan Yang Tidak Dijaga

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri daripada perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang.

Kemesraan bergurau senda dan bergelak ketawa antara lelaki dan wanita bukan muhrim akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kita kepada perbuatan yang tidak disukai oleh Allah. Jika keluar berdua-duaan lebih-lebih lagi di tempat sunyi dan tersembunyi akan mengundang pihak ketiga iaitu syaitan. Di sini syaitan berpeluang membisikkan kata-kata jahat.

Islam sama sekali tidak mengongkong umatnya! Bahkan Islam adalah agama yang paling selamat. Justeru Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong kepada perlakuan sumbang dan zina.

Dari itu, ingatilah amaran Nabi Muhammad kepada wanita dan lelaki bukan muhrim yang tidak menjaga batas pergaulan.

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :

Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."

(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Berhati-Hatilah Sahabatku!

Laraskan hati kalian di landasan kebenaran. Sesungguhnya hati yang terpelihara dari menjurus kepada sebarang keburukan sentiasa mendorong pemiliknya kepada keredhaan Ilahi. Akhirnya layak beroleh kebahagiaan hakiki lagi abadi.

Tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam soal dosa. Dan tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam berzina. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya, kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta.


p/s: jangan ambil mudah tentang dosa taw..ingat!! setiap apa yang kita lakukan walau sebesar zarah(atom yang kita belajar chemist tu) hinggalah sebesar-besarnya, ALLAH tahu dan tetap akan dihisab di akhirat kelak~ 
"Dan ALLAH tidaklah lengah daripada yang kamu kerjakan"~Surah al-Baqarah 2:74~ Wallahu a'lam...

SOLAT...

 Assalamualaikum mujahid mujahidah semua...
Kaifa halukum...
Semoga semuanya sentiasa sihat dan didalam redhanya..yang sakit, jangan sedih~sakit tu salah satu ujian daripada ALLAH~ sahabat-sahabat nabi dulu, kalau diorang tak skit, diorang risau sangat sebab sakit adalah salah satu cara ALLAH nak ampunkan dosa-dosa kecil kita...


Post kali ni bukan nak cakap tantang sakit tapi tentang solat..
kalau sahabat nak tahu, orang yang SOLAT ni terbahagi kepada 9 golongan...Jom kita tengok kita dalam golongan mana...SubhanaAllah...

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu bagaimana hendak sembahyang. Imam Malik berkata jatuh kafir kalau yang tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie berkata jatuh fasik (masuk neraka juga) kalau ia masih yakin bahawa sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan mereka masih tidak betul, taklid buta, ikut-ikut orang saja. Tidak pernah belajar sembahyang secara rasmi atau tak rasmi. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tidak boleh melawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik, ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tidak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk, kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia sendiri tidak faham, fikirannya tidak terpusat atau tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya, ini kerana ia tidak faham apa yang dibaca. Cuma menghafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada duniawi serta alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tetapi tiada penghayatan dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara duniawi, dek kerana faham sahaja tetapi tiada penghayatan. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi masih main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tetapi terjadi juga. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya ditahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba perbaiki semula, tetapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah masih belum lagi cintai orang seperti ini.


Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak sedikitpun mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (yang hampir dengan Allah)

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam
sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tidak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. 
Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan kita dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, membentuk disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. 
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita?Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan bertangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat/sembahyang kita. Marilah bersama-sama kita memperbaiki solat kita agar segera mendapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

…HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH…


Ni ada sikit maklumat tentang golongan yang ke-4 tadi..kalo tak inagt cuba tengok balik kat atas ciri cirinya..baru kita baca yang seterusnya...

.Ada sebuah neraka yg Allah swt sediakan khas untuk orang yg solat , namanya neraka wail .

neraka untuk orang yang solat? yer ~~!

“Maka Wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang.”
(Surah Al Ma’un, ayat 4)

“Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menunaikan sembahyang.”
(Al ma’un : ayat 5)

Menurut tafsir al-Jalalain, LALAI di sini bermaksud:
Melambat-lambatkan solat sehingga habis waktu,
Namun, ramai juga ulama yg mengatakan lalai di sini bermaksud melambat-lambatkan solat

Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah tidak merasa diuntungkan atau dirugikan jika kita mengerjakan sembahyang atau tidak.

Sembahyang yang baik dan benar ialah yang dikerjakan dengan hati yang ikhlas.

Ikhlas dalam hal ini bermaksud mengerjakan sembahyang bukan semata-mata takut dosa atau mengharapkan pahala.

Sebenarnya sembahyang yang benar adalah sembahyang yang menunjukkan keperluan kepada Allah dan menunjukkan ketundukan hati.

Orang yang mengabaikan sembahyang atau meremehkannya, maka dia akan rugi. Rugi di dunia dan terseksa di akhirat. Ini kerana terdorong oleh hawa nafsu sendiri. Sembahyang merupakan alat untuk mendekatkan diri dan mengingat Allah. Kerana itu sesorang akan menjadi “sesat” di dunia jika meninggalkan sembahyang.

Orang yang nampaknya sembahyang boleh juga dianggap tidak sembahyang. Bahkan sembahyangnya ditolak dan dia diancam masuk neraka. Itulah sembahyang orang-orang munafik.



SEMBAHYANG YANG MENJADI BENTENG DIRI

Apabila seseorang itu telah memahami makna sembahyang, lalu mengerjakannya, maka tentu akan dapat mempengaruhi akhlaknya. Dengan kata lain, sembahyangnya dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Tetapi jika orang islam pada nama sahaja, maka sembahyangnya tidak lebih hanya semata-mata kerana latihan mwmbaca kalimat dan gerakan pada tubuh sahaja.

Alangkah malangnya jika kita sudah bersusah payah mengerjakan sembahyang agar tidak ditolak oleh Allah, tetapi rosak kerana akhlak yang buruk, contohnya seperti mengumpat.

JASAD SEMBAHYANG FIKIRAN MENERAWANG

Firman Allah s.w.t : “ Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingat-Ku!” (Surah Toha: 14)

Bagaimana mungkin seseorang itu dikatakan sembahyang jika fikirannya mengingat selain Allah. Dan orang yang lalai dalam sembahyang itu dianggap celaka.

KESIALAN ORANG YANG LALAI DALAM SEMBAHYANG

Ada yang berpendapat bahawa orang yang lalai dalam sembahyangnya, maka sembahyang itu dianggap haram.
Firman Allah : “..dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai” ( Surah Al-A’raf : 205)

Kerana itu dalam sembahyang hendaklah kita memahami makna bacaan yang dihafalkan. Kerana makna bacaan yang terkandung memiliki maksud suatu “komunikasi” dengan Allah.

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman : “..sampai kamu mengerti apa yang kamu ucapkan”

Sesamalah kita perbaiki amalan pertama yang akan ditanya di akhirat ini...Wallahu a'lam...

UCAPKANLAH "ASSALAMUALAIKUM" ITU...

Assalamualaikum semua...
oke, Entry kali ni pulak, pihak BADAR SMKAK nak share dengan antum semua tentang "Salam"
Kita selalu dengar orang bagi salam, kan?? 
bagi yang belajar Bahasa Arab tahu lah kan, Assalamualaikum yang kita selalu kita sebut tu  maksudnya ialah "sejahtera ke atas kamu"
 So, apa tujuan kita bagi salam?? Yea..untuk mandoakan kesejahteraan saudara kita...

 Meh kita baca artikel ni...

PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )


Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :


1.Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2.Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

3.Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

•Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

•Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.

•Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

•Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.

•Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

•Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

•Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

•Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

•Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.

•Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”

•Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

•Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

•Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

•Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

•Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.



Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.
Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci, sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada awal Bulan November 2009.

p/s: Jom kita sama sama amalkannya..tak susah kan??
Wallahu a'lam..

Monday, December 26, 2011

LawataN Ke KISAS...

Pada tahun ini(2011), Pihak BADAR SMK Agama Kerian telah mengadakan lawatan ke salah sebuah Sekolah Berasarama Penuh(SBP) yang terkenal di Seluruh Malaysia, iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah. Lawatan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar SMK Agama Kerian dengan mereka. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang wakil badar yang terdiri daripada ahli BADAR 2010/11 dan BADAR 2011/12. Bebearapa orang guru agama juga turut menyertai lawatan ini iaitu Ustaz Abu Samah, Ustaz Daniel, Ustazah Hulwani dan Ustazah Saidah. Tujuan lawatan yang julungkali diadakan ini adalah untuk mengetahui dan berkongsi maklumat dan ilmu agar dapat di manfaatkan apabila pulang ke asrama nanti.

Antara detik-detik manis semasa kami disana...




 Ketika sese taklimat...

 




 Ketika Sesi lawatan...












Bekas pelajar SMKA Kerian yang berpeluang belajar di sana...




 an ilmu yang diperolehi sepanjang lawatan ini dapat dimanfaatkan agar dapat mengembagkan lagi Syiar Islam bukan sahaja di dalam sekolah malah ke serata dunia. Terima kasih kepada pihak KISAS yang menrima kehadiran kami dengan sambutan yang begitu hebat.