Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, March 31, 2012

Menegur dan ditegur..

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.


Membina dan Meroboh 

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur 

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting, Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.


Wallau a'lam..

Wednesday, March 14, 2012

Solat Sunat Rawatib,...


semua mesti pernah dengar tentang solat sunat Rawatib, kan...
nie ade sikit tazkirah ringkas tentang salah Satu ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam nie..
meh kita sama-sama amalkannya...

Ummu Habibah berkata bahwa ia mendengar Rasul shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib) sehari semalam, akan dibangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Muslim no. 728)

Dalam riwayat At Tirmidzi sama dari Ummu Habibah, ia berkata bahwa Rasulullah shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِىَ لَهُ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ

“Barangsiapa sehari semalam mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib), akan dibangunkan baginya rumah di surga, yaitu: 4 raka’at sebelum Zhuhur, 2 raka’at setelah Zhuhur, 2 raka’at setelah Maghrib, 2 raka’at setelah ‘Isya dan 2 raka’at sebelum Shubuh.” (HR. Tirmidzi no. 415 dan An Nasai no. 1794, kata Syaikh Al Albani hadits ini shahih).


so, apa lagi..moh kita sama sama mengejar ganjaran daripadaNYA...
semoga dengan mengerjakan ibadah Solat Sunat Rawatib ni, ia akan menampung Solat 5 Waktu kita yang  kita sendiri tak tahu sama ada sempurna atau tidak.. insya-Allah...

Wallhu a'lam..

Tuesday, March 13, 2012

Belajar dengan Syaitan??



Aku adalah seorang yang suka membaca, setiap kali ada masa lapang aku pasti membaca buku. Setiap bulan aku akan membeli sekurang-kurangnya sebuah buku, untuk dibaca. Hidup ku dengan membaca dan buku sudah tidak dapat dipisahkan. Sehari tidak membaca buku, aku akan merasa kekurangan. Apatah lagi dalam masa semingggu.

Sedang aku menumpukan perhatian, membaca apa yang tertulis pada muka surat buku tersebut. Tiba-tiba Faiz yang duduk disebelahku bersuara.

"Belajar tu, jangan asyik baca buku saja, bertanyalah juga dengan guru!"
"Kalau belajar tanpa guru, nanti belajar dengan syaitan!" Tambah Amar yang duduk dibelakang ku.
Aku sudah biasa mendengar orang menegurku sebegitu. Ini bukan kali yang pertama. Entah buat kali yang ke berapa, aku sudah lupa, kerana aku sendiri tidak menghitungnya.


"Ya, jangan risau. Bukankah selama ini kita belajar bersama-sama di dalam kelas ni?" Aku menjawab teguran Faiz dan Amar.

Aku bukanlah menafikan kata-kata mereka berdua secara seratus peratus. Apa yang mereka ucapkan itu ada benarnya juga. Belajar itu sememangnya perlu berguru. Sangat mustahil bagi seseorang itu mempelajari sesuatu ilmu, tetapi tanpa berguru. Selama ini pun, aku belajar agama bukannya secara sendiri, melainkan aku berguru. Tapi, tidak perlulah aku sibuk untuk menghebohkan atau menyebutkan satu persatu nama guru-guruku kepada mereka. Kebanyakan manusia sememangnya suka bercakap mengikut suka hatinya tanpa berfikir panjang.

Hari ini segelintir orang yang berpandangan sempit, telah membataskan pengertian belajar. Bagi mereka belajar yang sebenarnya hanyalah belajar dihadapan guru sahaja. Apabila mereka melihat seseorang yang asyik membaca buku, mereka akan berkata kepadanya "Barang siapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya!".

Aku merasa tidak keterlaluan, sekiranya aku beranggapan, orang yang berkata begitu sebenarnya, adalah orang yang diserang penyakit malas. Malas membaca, menelaah dan mengkaji. Kata-kata 'barang siapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya!' tidak lain hanyalah slogan kosong untuk dijadikan alasan bagi sikap mereka yang malas membaca. Mereka lupa bahawa para ulama dahulu adalah orang yang kuat membaca kitab, beribu dan berjilid-jilid kitab mereka telaah. Adakah semua kitab itu mereka baca daripada lembaran ke lembaran didepan gurunya? Jawapannya sudah tentu tidak.

Namun begitu, walaupun suka membaca, jangan pula kita lupa untuk belajar secara berhadapan dengan guru agama yang diiktiraf keilmuaannya, berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah di atas fahaman Salafus Soleh. Kita perlu bijaksana dalam mengimbanginya. Itulah peganganku dalam menuntut ilmu.

"Kalau belajar tanpa guru adalah belajar dengan syaitan, maksudnya kalau kita belajar dengan guru, kita belajar dengan malaikat? Begitukah?" Aku menyoal Faiz dan Amar dengan nada berjenaka. Secara logiknya, sekiranya kita terbalikkan kata-kata Amar tadi, maka begitulah maknanya.

Faiz dan Amar terkejut dengan kenyataanku. Mungkin tersedar bahawa, kata-kata mereka tadi ada silapnya.
"Sebenarnya kata-kata "barang siapa belajar tanpa guru, maka dia belajar dengan syaitan" itu daripada mana datangnya?" Sebelum mereka sempat menjawab soalan yang ku ajukan tadi, soalan seterusnya menyusul. "Adakah ianya hadis Rasulullah s.a.w atau pun kata-kata manusia yang tidak terpelihara?"

"Entah, aku pun tak tahu!" kata Amar selamba. "Tapi banyak orang cakap macam tu aku dengar!"
Amar cuba mengukuhkan kata-katanya dengan menjadikan kata-kata orang ramai sebagai sokongan. Faiz pula hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Yalah, memang banyak orang cakap macam tu. Aku pun pernah dengar juga. Tapi, itu tidak menjadi petanda apa yang orang cakapkan itu adalah benar!" Aku membantah kata-kata Amar. Raut wajahnya mula berubah, dia memang pantang dibantah.

"Pada pandangan aku kita perlu nilai semula kata-kata itu." Aku menutup buku ditanganku, lalu memasukkannya ke dalam meja. Amar dan Faiz saling berpandangan antara satu sama lain.

"Belajar dengan guru tidaklah menjamin, bahawa setiap apa yang dipelajari oleh seseorang itu pasti benar seratus peratus. Ini kerana, guru tempat kita belajar itu bukanlah nabi atau rasul yang maksum, terpelihara daripada silap dan salah! Mereka juga manusia biasa, mereka boleh tersilap dan tersalah. Begitu juga dengan kita."

"Bila kita lihat secara realitinya, ada di antara manusia itu, walaupun dia belajar secara berguru, tapi dia tetap termasuk ke dalam golongan orang yang tersesat. Ini kerana, guru tempat dia belajar itu rupanya adalah orang yang sesat!" Aku menambah lagi.

Sedang aku, Faiz dan Amar bertukar fikiran, rakan-rakan yang berada disekeliling kami mula menghampiri. Rakan-rakanku memang pantang melihat perbincangan agama, pasti mereka ingin turut serta, sama ada dengan menyumbangkan pandangan atau mendengar dengan penuh perhatian.

"Betul juga tu! Aku setuju!" Faizal menyampuk.
Amar mengerling Faizal, raut wajahnya menunjukkan dia tidak berpuas hati. Faizal cuba membalas pandangan Amar dengan senyuman yang tidak bersalah.

"Yalah. Betul juga kau cakap tu!" Akhirnya Amar mengalah. Dia tidak dapat menafikan kebenaran kata-kataku. "Memang belajar dengan guru itu tidak menjamin apa yang kita pelajari benar seratus-peratus. Tapi kita perlu faham, kalau kita belajar dengan guru, bukankah lebih bermanfaat. Malah langkah pembelajaran kita pun akan menjadi lebih mudah. Mungkin ada penjelasan yang tidak dinyatakan di dalam buku, tapi guru kita mengetahuinya!"


Aku diam seketika. Berfikir.

"Ya, aku setuju. Memang tidak boleh dinafikan belajar dengan guru itu mempunyai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri, yang ianya tidak ada pada orang yang belajar dengan asyik membaca buku."

"Cuma yang aku tidak setuju, bila kau kata "barang siapa belajar tanpa guru, maka dia belajar dengan syaitan", sebab kata-kata kau tadi tu seolah-olah menghalang orang daripada membaca dan mengkaji daripada buku-buku, dan hanya mencukupkan diri dengan belajar secara berdepan dengan guru." Setelah menjelaskan persamaan pandangan antara aku dengan Amar, aku pun menjelaskan titik perbezaan pandangan antara kami.

"Ulama dahulu pun belajar berguru juga, tapi pada masa yang sama mereka tidak meminggirkan pembacaan daripada kitab-kitab. Para ulama dahulu terdiri daripada pencinta buku. Mereka membaca beribu-ribu jilid kitab dan risalah. Perkara ini kita boleh lihat dalam kitab, Kaifa Tatahammas li Thalibil 'Ilmisy Syar'i karya Syaikh Abul Qa'qa Muhammad bin Shaleh, yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu dengan tajuk Keutamaan dan Kelebihan Menuntut Ilmu."
"Apa yang penting sebenarnya, kita seimbangkan. Kita belajar dengan guru, kita juga membaca buku. Apabila tidak faham kita berbincanglah dengan guru, atau sesama penuntut ilmu."

Faiz dan Amar hanya senyum mendengar kata-kataku. Rakan-rakan yang lain bergegas kembali ke tempat masing-masing, kerana kelihatan Ustaz Amri yang akan mengajar kami subjek Usul Feqh sebentar lagi, sudah pun berada diluar kelas. Sejurus selepas itu Ustaz Amri pun masuk ke kelas, dan sesi pembelajaran bagi subjek Usul Feqh pun bermula.

"Barang siapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya!"
Ada segelintir orang menyangka bahawa kata-kata ini adalah hadis Rasulullah s.a.w, tetapi hakikatnya kata-kata sebegini tidak pernah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w secara shahih.


Friday, March 9, 2012

Sambutan Maulidurrasul 1433H...

Pada 6 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiul Awwal 1433H, sambutan Maulidurrasul telah diadakan.. Aktiviti ini bertujuan bagi memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah saw dalam kalangan pelajar dan guru-guru SMK Agama Kerian..

Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutana ini ialah:

@ Perarakan
@ Pertandingan membuat sepanduk
@ Tayangan khas
@ Usrah umum "Habibi Qalbi"

Wajah-wajah ceria pelajar dan guru semasa sambutan:

Perarakan...




 Tayangan khas...




Usrah umum "Habibi Qalbi"

Sebelum kedatangan Islam, kehidupan masyarakat jahiliyah amat tidak bermoral dan boleh dikatakan setiap masa ada sahaja maksiat-maksiat besar yang dilakukan mereka. Perbuatan seperti meminum arak, melacur diri dan menilik nasib bagaikan rutin harian hidup mereka. Berfoya-foya menjadi tradisi, berjudi menjadi hobi, membunuh menjadi tanda kemegahan diri. Kemurnian akhlak memeng sudah lama menyepi sejak perginya Isa, seorang Nabi.






 Namun, dalam kejahilan dan keruntuhan akhlak zaman itu, masih ada satu binaan yang menjadi tanda pernah hadirnya Nur Ilahi. Ya, kaabah. Kaabah yang dibina oleh nabi Ismail serta  bapanya Nabi Ibrahim masih kekel di situ. Bezanya, di sekeliling kaabah tersebut terdirinya ratusan berhala-berhala besar yang menjadi sembahan masyarakat arab Jahiliyah. Sehinggaah suatu hari...

 

Ya, Allah telah mengutuskan burung burung yang bergelar Ababil mengangkut batu batu dari api neraka dan menjatuhkan batu batu tersebut tepat di atas tentera bergajah Abrahah.


Dengan kuasa Allah, matilah tentera tentera tersebut dalam keadaan hina dan terseksa...

Selepas peristiwa tersebut...

Tercipta satu lembaran sejarah 
di tanah suci kota Mekah
Hari Yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin Subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut mulia
Terima putera yang mulia

Sajak Muhammad Habiullah

Bersamaan 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah
Lahirlah seorang insan yang disanjungi
Disayangi dan dicintai setiap insan
Dan makhluk di dunia ini

Ditinggalkan bapa
Tika masih dalam kandungan
Muhammad bin Abdullah nama diberi
Aminah hanya tinggal menanti waktu
Abdul Mutalib pula membilang masa
Masa telah tiba
Insan suci kekasih Allah
Telah lahir di dunia

Terpadam api sembahan Majusi
Terpancar cahaya di Istana Syam
Burung-burung bagaikan enggan menepakkan sayap
Suasana alam sunyi sepi
Derita Aminah tak tertahan lagi
Takdir Ilahi menjemput pergi
Muhammad ditinggalkan yatim piatu
Dibawah jagaan Abdul Mutalib

Tidak lama kemudian
Si datuk pula kembali menemuai Yang Esa
Abu Talib menjadi pilihan
Memelihara Muhammad yang kini sendiri

Dibelai, dijaga penuh cinta
Muhammad kini semakain dewasa
Al-Amin gelaran yang terpuji
Dirisik Khadijah menjadi suami
Menjadi peneman sehidup semati

Gua Hira' menjadi saksi
Tika Jibril mengutus wahyu
Menggigil ketaktan diselimuti Khadijah

Iqra.. iqra.. iqra..wahyu pertama
AlAmin kini bergelar nabi
Penyuluh ummat zaman ini

sajak daripada wakiltingkatan 5 yang begitu menyentuh kalbu..
 40 tahun berlalu, kehidupan baginda rasulullah berjalan seperti biasa.
Kosong!! di lubuk hati baginda yang paling dalam, baginda merasakan sesuatau kekosongan. Dengan tabiat masyarakat arab yang masih tidak berhenti melakukan perbuatan-perbuatan keji, baginda mengasingkan diri(bertahannuth) di sebuah gua yang jauh dari kehidupan bandar dek titak tertahan dan sedih melihat perbuatan masyarakat Mekah.

Suatu malam yang bertarikh 17 Ramadan, seperti biasa baginda pergi bertahannuth di gua hira,. Tiba-tiba Muhammad dikelilingi cahaya. Apabila mendongak, baginda ternampak malaikat Jibril berdiri dihadapannya. Muhammad tergamam.

Jibril         : Iqra'
Muhammad : Aku tidak tahu membaca.
Jibril         : Iqra'
Muhammad : Aku tidak tahu membaca
Jibril         : Iqra'

jawapannya tetap sama. Kemudian Jibril mengajarnya
Jibril ghaib. Muhammad berlari menuruni gunung dengan ketakutan dan menggigil kesejukan.
Tiba-tiba, sekali lagi Jibril muncul dan berkata,"Muhammad, engkau adalah pesuruh Allah dan aku adalah malaikat Jibril."
Tubuh baginda menggeletar.

Pada peringkat awal, dakwah Islamiah dijalankan sembunyi-sembunyi di rumah untuk mengelakkan pemberontakan masyarakat arab yang masih belum mengenal Islam.

Demi keselamatan, mereka mnyembunyikan dahulu keislaman mereka. Hasil daripada dakwah peringkat awal ini, Rasuullah berjaya menarik minat kaum kerabatnya untuk memeluk Islam.
Apabila turun wahyu Allah untuk berdakwah secara terang terangan, baginda Rasulullah menjalankan dakwah Islamiah secara terbuka pertamanya di Bukit Uhud. Ramai orang Quraisy yang hadir termasu orang-orang kenamaan mereka.

Muhammad      : Wahai penduduk Mekah, jika aku kata ada bala tentera di belakang bukit hendak meyerang kita, adakah kamu percaya?
Orang ramai    : Kami percaya apa sahaja daripada engkau, Muhammad.
Muhammad      : Wahai penduduk Mekah, aku merayu kepada kamu semua, tinggalkan Tuhan kamu dan sembahlah Tuhan Yang Satu. Selamatkan diri kamu daripada api neraka kerana aku tidak mampu menghalang kamu dari balasan Tuhan. Aku cuma nampak bahaya yang datang dan memberi amaran kepada kamu untuk menyelamatkan kamu.
Abu Jahal        : Anak saudara kita memperbodohkan kita, Abu Talib! Tak malu kau Muhammad! Kau kumpulkan kami semua untuk ini!
Sumayyah        : Ini sungguh hebat!
Umayyah         : Hei, kau percaya orang ini!
Sumayyah        : Tentu sekali. segala galanya.

Dakwah baginda secara terang terangan dengan menggunakan pendekatan yang menarik dapat menarik beberapa orang arab memeluk Islam. Namun, tidak kurang juga ada yang menentang dan menyeksa orang yang memeluk Islam.

Sahabat Bilal : Kemana kau pergi semalam, Bilal?
Bilal             : Aku pergi menyertai mereka yang menerima ajaran Muhammad.
Sahabat Bilal : Kau sudah Islam?
Bilal             : Ya, aku sudah Islam.
Umayyah      : Hahaha...kau percaya kata Muhammad?
Bilal             : Ya, aku sanga mempercayai kata katanya.
Umayyah      : kau memang sungguh berani, Bilal!
Bilal             : Sesungguhnya nyawa aku di tangan Allah.


Umayyah       : Berani kau sekarang! Ucapkanlah penyaksian itu di hadapan semua orang!
Orang 1         : Memang patut pun!
Umayyah       : Cakap aku pemilik roh kau dan aku kana alihkan roh kau! Cakap! Cakap!
Wakil Abu Bakar: Aku wakil dari Saiyidina Abu Bakar. Dia ingin membeli lelaki ini daripada engkau. Sebut harganya.
Umayyah       : Baik. 10 keping emas.
Orang ramai   : Hahaha....
Wakil Abu Bakar melemparkan 10 keping emas.
Umayyah       : Kau fikir kau menang, bukan? Hahaha... Kau beritahu Abu Bakar aku boleh titip 3 keping emas untuk hamba tak guna ni!!Hahaha...
Wakil Abu Bakar: Dia sanggup bayar 100 wang emas.


Dalam sejarah Islam,Perang Badar merupakan perang pertama dalam Islam. Sebab berlakunya perang badar ialah Rasulullah telah memberi mandat kepada para sahabat agar menghalang kafilah Quraisy yang kembali dari Syam ke Mekah. Tentera Quraisy mempunyai 1000 orang tentera manakala tentera Islam hanya mempunyai 313 orang tentera. Dalam peperangan Ini, pihak Islam berjaya mengalahkan pihak lawan.


Menjelang usia Rasulullah 63 tahun...



Semoga, program usrah ini mampu membawa 1001 sinar perubahan dalam diri kita bersama...
semoga ukhwah kita kekal berkekalan selama lamanya...











Istiqamah Cemerlang, sekolah gemilang!!
wallahu a'lam..