Pages

Subscribe:

Labels

Thursday, May 31, 2012

The Killers...

assalamualaikum semua...
antum apa khabar??hmm...semoga antum sihat yer..amiiin...

baiklah...hari ini mari kita berkongsi tentang satu isu yang amat famous sekarang iaitu.....

ROKOK

rokok?? antum tahu tak rokok tu ape?
isshhhh... mustahillah tak tahu..

nie la yang dinamakn rokok..
ok, sebelum tu, mai kita tengok video nie...

 

ingat, rokok tu kan haram...

firman Allah swt...

 "...dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu..."
~An Nisa',4 :29~

dalam ayat nie, Allah swt mengingatkan kepada kita supaya kita tidak membunuh diri kita sendiri dengan apa cara sekalipun, kan?
bukankah dengan menghisap asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia seperti nikotin, tar dan sebagainya adalah satu cara untuk membunuh diri?
dah lama sangat ke hidup sampai snggup cari jalan untuk membunuh diri..
menurut kajian, orang yang bersama dangan penghisap rokok seperti keluarga, dan rakan rakan lebih mudah mendapat kesan rokok berbanding orang yang menghisapnya.. iy0lah.. apa tidaknya, lepas hisap rokok, hembus ke sekeliling...memanglah orang lain yang jadi mangsa..
hmmm...apa nak jadi...

baiklah seterusnya, sebab sebab lain yang menjadikan merokok ni haram...

Allah swt berfirman..

"sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar terhadap tuhannya"
~Al Isra, 17 : 27~

MEMBAZIR. huh~ kalau kita tengok la kan harga rokok sekarang ni, melambung lambung harganya..
haritu ana pergi ke satu kedai, tiba tiba ana ternampak rokok yang dijual sebatang sebatang la kot..
nak tahu harganya berapa? 

1 batang RM 0.50

huh...mahal betol... kalau beli gula gula pun dapat sepuluh bijik...hmm..
amat membazirlah sesapa yang merokok tu...
hisap hembus 6, 7 kali habis 50 sen....
ish ish ish..

so0o... harap harap antum faham la kan apa yank nak di sampaikan di sini...
ingat, Islam mengharamkan bende yang haram dan haram berjual beli benda yang haram..

"Sesungguhnya Allah dan Rasulnya mengharamkan jualan arak, jualan bangkai, jualan khinzir dan jualan patung berhala.."

apa macam??

sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu juga datang dripada Allah swt atas kelemahan ilmu, iman dan amal kami..
wallahu a'lam..


Monday, May 28, 2012

MANGKUK,MADU dan SEHELAI RAMBUT...

assalamualaikum..
dah lama tak update blog nie kan...
oke..harini, mari kita berkongsi satu cerita yang menarik untuk sama-sama kita baca.. hayati.. dan seterusnya menyampaikan..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Saidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

 Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


 Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


 Rasulullah SAW bersabda, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambutcukup sekadar itu untuk hari ini..barakallah alaik ! !