Pages

Subscribe:

Labels

Wednesday, March 6, 2013

Budayakan sunnah "jazakallahu khaira"

Assalamualaikum,buat pembaca blog ni,semoga antum sentiasa dirahmatiNya...
mabruk ya!!kerana antum semua sekarang berada di zon ILMU!! :D

insyaAllah,untuk perkongsian ilmu kali ini menceritakan tentang satu sunnah yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian kita..pernah tak dengar ucapan ni??



mungkin jarang2 kita dengar...tapi sebenarnya ia adalah satu sunnah n_n

salah satu tanda seseorang itu memiliki akhlak yang mulia adalah dia akan membalas setiap kebaikan yang dilakukan kepadanya.Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Rahman ayat 60 yang bermaksud:

"Tidak ada balasan atas kebaikan yang dilakukan kecuali kebaikan jua"

Nabi Muhammad S.A.W mendidik umatnya agar membalas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada kita.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada kamu,maka balaslah kebaikan yang telah dilakukannya itu.Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk diberi sebagai balasan atas kebaikan yang dilakukannya itu,maka hendaklah kamu mendoakan kebaikan kepada saudaramu itu,sehingga engkau merasa telah membalas kebaikannya".(Riwayat Abu Daud)

Jika kita tidak mampu untuk membalas kebaikan dengan memberi sesuatu hadiah kepada rakan kita atau menghulurkan sebarang bantuan  hendaklah membalasnya denagn mendoakan kebaikan kepada rakan kita itu.insyaAllah doa tersebut boleh memberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan di akhirat. n_n

Usamah bin Zaid r.a berkata  bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya,maka hendaklah berkata kepada orang yang melakukan kebaikan kepadanya itu:"jazakallahu khaira".Dengan demikian,dia telah membalas kebaikan tersebut dengan sebaik-baik balasan."(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

Dalam kitab Faid al-Qadir disebut bahawa ucapan "jazakallahu khaira" ini bermaksud "aku memohon semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu sebagai balasan atas kebaikan yang engkau lakukan".

Para sahabat juga sentiasa mengucapkan doa ini sesama mereka...dalam kitab Musannaf Ibn Abi Syaibah ada disebutkan bahawa Saidina Umar pernah berkata:"Jika kalian tahu apa yang terdapat dalam ucapan "jazakallahu khaira",nescaya kalian semua akan memperbanyakkan sebutannya sesama kalian."

semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menambah amalan kita untuk dibawa di akhirat kelak..insyaAllah..
sama-sama kita berdakwah bukan sahaja untuk diri kita sahaja..tetapi juga untuk orang lain.

akhir kalam..jaga hati..jaga iman kita dengan menguatkan lagi cinta kita pada RasulNya..selamat beramal dgn sunnah Rasulullah  yang tercinta <3 <3

*sebutlah ucapan itu selengkapnya...elakkan hanya mengucapkan "jazakallah"sahaja..kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyebutnya dengan lengkap.Jika untuk lelaki disebut "jazakallahu khaira".Manakala untuk perempuan pula disebut "jazakillahu khairan.Lafaz "jazakumullahu khaira" disebut untuk kumpulan yang ramai.wallahu a'lam~