Pages

Subscribe:

Labels

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Solat Sunat Rawatib,...


semua mesti pernah dengar tentang solat sunat Rawatib, kan...
nie ade sikit tazkirah ringkas tentang salah Satu ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam nie..
meh kita sama-sama amalkannya...

Ummu Habibah berkata bahwa ia mendengar Rasul shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib) sehari semalam, akan dibangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Muslim no. 728)

Dalam riwayat At Tirmidzi sama dari Ummu Habibah, ia berkata bahwa Rasulullah shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِىَ لَهُ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ

“Barangsiapa sehari semalam mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib), akan dibangunkan baginya rumah di surga, yaitu: 4 raka’at sebelum Zhuhur, 2 raka’at setelah Zhuhur, 2 raka’at setelah Maghrib, 2 raka’at setelah ‘Isya dan 2 raka’at sebelum Shubuh.” (HR. Tirmidzi no. 415 dan An Nasai no. 1794, kata Syaikh Al Albani hadits ini shahih).


so, apa lagi..moh kita sama sama mengejar ganjaran daripadaNYA...
semoga dengan mengerjakan ibadah Solat Sunat Rawatib ni, ia akan menampung Solat 5 Waktu kita yang  kita sendiri tak tahu sama ada sempurna atau tidak.. insya-Allah...

Wallhu a'lam..

Friday, December 30, 2011

Wallhu a'lam atau Wallahu 'alam??


PENULIS artikel keagamaan (Islam) atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam yang membawa maksud : “Dan Allah lebih tahu atau Yang Maha Mengetahui). Ada pula yang ditambah dengan bish-shwabi menjadikan ia Wallahu a’lam bish-shawabi.

Jelas perkara ini menunjukkan bahawa Allah SubhanAllah Taala-lah yang Maha Mengetahui atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Haq dan Pemilik Kebenaran mutlak. Kebenaran yang kita tuliskan itu adalah relatif kerana kita cuma manusia biasa yang banyak kesilapan dan seringkali lupa.

Walaubagaimanapun, jika kita perhatikan, banyak kekeliruan yang timbul dalam penulisannya, iaitu dalam penempatan koma di atas (‘).

Penulisan yang sebetulnya untuk membawa makna “Dan Allah Maha Mengetahui” adalah Wallahu a’lam (tanda koma di atas [‘] setelah huruf “a” atau sebelum huruf “l”). Tapi seringkali kita baca dan terjumpa penulisan seperti : Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).



Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam membawa erti atau makna yang berbeza.

1- (Wallahu a’lam) membawa erti/makna “Dan Allah Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”.

2- (Wallahu ‘alam) pula membawa erti “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa arti ‘alam di situ? Kalau ‘alamin atau ‘aalamin, jelas membawa erti alam, seperti dalam bacaan hamdalah –alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Maha Mengetahui”, maka cara yang betul adalah Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam.

A’lam atau asalnya ialah ‘alima yang bermakna tahu. Melalui kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, yang bermakna ilmu/pengetahuan), ‘alimun (fa’il/pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/a’lam (lebih tahu).

Tanda petik tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam mentransliterasikan bahawa untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab (seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya).

Kata a’lam bermakna “lebih tahu atau Maha Mengetahui”. Maka, jelaslah bahawa penulisan yang betul adalah : Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam.

Saya yakin bahawa penulisan rakan blogger atau penulis-penulis artikel menulisnya secara tidak disengaja, sebagaimana yang kita tahu, sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan samada secara kita sedar mahupun tidak sedar. Adakalah kita merasakan perkara yang kita tulis adalah benar walhal ianya salah. Saya yakin, maksudnya Wallahu a’lam, “Dan Allah Maha Mengetahui”.

Wallahu a’lam

Minyak Wangi??Apa hukumnya??

Ok..post kali ni, ana nak share dengan antum tentang wangi wangian..Haa..Tak tahu lagi,kan..jom kita baca atikel ni...

Waktu SUNAT wanita berwangi-wangian

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.



Waktu MAKRUH wanita memakai wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.



Waktu HARAM bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Ok..sekarang kita dah tahu, kan tentang hukum berwangi wangian.. So, beramallah..ingat!!ilmu tanpa amal ibarat komputer tanpa keyboarad..betol ke??
ye la..kalo kita ada komputer pon, tak ada keyboardnye, tak ada gunanya komputer tu..

yang baik itu datang nya daripada ALLAH dan yang buruk itu juga datang daripada ALLAH tapi melalui kelemahan ilmu, iman dan amal ana..
diharapkan andai ada salah dan silap dalam penulisan ini, minatak tegurkanlan yer..

wallahu a'lam..

Wednesday, December 28, 2011

Demam:percikan api neraka??

Sahabat mujahid mujahidah pernah tak demam? Mesti pernah kan...Apa yang mak kita buat yer bila kita demam?? Perasan tak mak kita akan letak towel kecik yang dah direndam dengan asam jawa atas dahi kita. Ada tak?? Ada kan??



Ok, hari ini kitorang nak share sikit dengan antum semua tentang ilmu FIQAH pERUBATAN...

Nak tahu tak apa pentunjuk daripada Rasulullah tentang rawatan demam??

1. "Daripada Abn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka. Kerana itu,kerana itu, sejukkanlah badan yang demam itu dengan air"<< daripada hadis ni, bagaimana caranya nak hilangkan demam?? yaa.. renjislah tubuh dengan air atau rendamkan badan dalam air..

2. Daripada Abbas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda: apabila salah seorang daripada kamu demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur..

3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: apabila salah seorang daripada kamu demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah mentaufiqkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam air yang mengalir, menghadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklan membaca basmalah. Hendaklah berendam sebanyak 3 kali selama 3 hari. jika tidak sembuh juga, cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali insya-Allah.

4. Daripada Jabir r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bertemu dengan Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: Mengapa kamu menggigil? Jawabnya: Demam dan tiada kepberkatan Allah padanya. Sabda baginda s.a.w.: jangan mencaci demam, kerana ia menghapuskan kesalahan anak Taufiq, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat pada besi.

ok..antum faham tak? haa... demam tu adalah percikan daripada api neraka.. ok, apa tujuan Allah menjadikan api neraka?? haa..pandai..untuk menghapuskan dosa.. so, apa tujuan Allah bagi kte demam?? untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita..betol tak?? so, lepas ni, kalu demam, jangan merungut sebab Allah nak uji kita sama ada kita sabar ataupun tak dengan ketidakselesaan demam...kalau kita sabar, cuba bayangkan berapa banyak pahala kita dapat.. dah la dosa kita diampunkan, dapat pahala pulak tu... hmm..beruntung betul kan kita??

Bagi yang tak sakit, jangan pula kita mintak nak sakit.. Waktu sihat wal afiat nilah kita nak beribadah dan merjasa kepada orang sekeliling kita.. Bersyukurlah...

ingat lima perkara sebelum lima perkara..

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati



yang baik datang daripada Allah dan yang buruk pun datang daripada Allah sbg ujian untuk kita.. wallahu a'lam...

Tuesday, December 27, 2011

UCAPKANLAH "ASSALAMUALAIKUM" ITU...

Assalamualaikum semua...
oke, Entry kali ni pulak, pihak BADAR SMKAK nak share dengan antum semua tentang "Salam"
Kita selalu dengar orang bagi salam, kan?? 
bagi yang belajar Bahasa Arab tahu lah kan, Assalamualaikum yang kita selalu kita sebut tu  maksudnya ialah "sejahtera ke atas kamu"
 So, apa tujuan kita bagi salam?? Yea..untuk mandoakan kesejahteraan saudara kita...

 Meh kita baca artikel ni...

PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )


Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :


1.Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2.Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

3.Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

•Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

•Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.

•Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

•Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.

•Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

•Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

•Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

•Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

•Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.

•Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”

•Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

•Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

•Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

•Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

•Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.



Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.
Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci, sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada awal Bulan November 2009.

p/s: Jom kita sama sama amalkannya..tak susah kan??
Wallahu a'lam..

Monday, December 26, 2011

Penghinaan!!

 Post kali ni just nak share dengan antum tentang penghinaan yang amat dahsyat terhadap agama kita, ISLAM..Buka minda, buka hati...Diharapkan kita dapat mangambil pengajaran daripadanya...bismillahirrahmanirrahim...


"Kasut Crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.





Isu-isu macam ni, susah kita nak merungkaikan dan membuat kesimpulan sama ada ianya hanya sebagai kebetulan atau memang disengajakan melainkan orang yang mencipta logo tersebut yang mengetahui. Sama ada memang mereka sengaja nak merosakkan agama Islam ni. Lagi-lagi bila kalimah Allah yang suci sepatutnya di hormati terletak di tapak kaki kita sendiri.


Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam..

Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu.

Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat.


Yang Terbaru, ialah penghinaan Kalimah Allah di kasut, tatu badan, rantai samseng, tali pinggang dan sebagainya. Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Selagi mana umat Islam tidak bersatu, maka selagi itulah musuh Islam berani untuk menghina Islam. Sebenarnya saya dah buat satu artikel berkaitan masalah ini, klik sini untuk membacanya.


Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini.


Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa “inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan.


Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab.


Ni juga penghinaan yang amat dahsyat terhadap umat Islam..





p/s:
jadikannya pengajaran. bukan nak suroh antum semua balas perbuatan diorang, tapi pointnya kat sini, jaga diri, jaga iman dan jangan sampai kita jadi fitnah kepada agama kita sendiri..na'uzubillahi minzalik...
wallahiu a'lam...

KEBAIKAN coca cola??

Antum pernah tak minum air coca cola atau lebih dikenali sebagai coke??
Selalunya, kita dengar minuman coke ni banyak sangat keburukannye..
oke, entry kali nie kita bukan nak cakap tentang keburukan coke, tapi KEBAIKAN coke..
Setiap perkara pesti ada kebaikan dan keburukannya, kan??

haa...percaya atau tak jom kita baca ni..

Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatka 2 Gallon coke untuk MENGHILANGKAN KESAN DARAH di jalan raya apabila berlaku kemalangan...Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna??

Hmm...tak percaya ke?? Jom kita buat kajian ni kat rumah...

1. Masukkn tulang ke dalam satu mangkuk yang berisi coke, ia akan hancur dan hilang sama sekali dalam masa 2 hari. ~elok untuk sesiapa yang ayahnya peniaga sup tulang~

2. Untuk mencuci tandas, masukkan setin coke kedalam tandas. Selepas sejam, flush tandas anda tu. ada akan dapat lihat kesan kotoran akan hilang hasil hakisan 'citric acid' yang terkandung dalam minuman coke tu...

3. Untuk menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome, lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke. hasilnya, kesan karat akan hilang!!

4. Untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru atau nat bateri kereta, tuang sahaja setin coke. Pasti kesan karat akan hilang serta merta!!

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat, sekali lagi, tuang setin coke. Skru tu pasti dapat dibuka dengan mudah!!

6. Untuk menghilangkan kesan minyak atau lekit pada pakaian, tambahkan setin coke ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci, dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Satu tin coke mengandungi 18 sudu cawan gula. Cuba bancuh kopi atau teh di rumah dengan 18 sudu gula. Mesti termuntah!!



So, kesimpulannya di sini, kita dapat lihat sendiri betapa liciknya Yahudi Laknatullah yang nak menghancurkan dan merosakkan minda orang orang Islam ni...

p/s: minumlah dan makanlah minuman yang halal lagi baik seperti yang disuruh oleh ALLAH dalam kitab suciNYA...ingat!! HALAL dan BAIK!!

waalahu a'lam..

Sunday, December 4, 2011

5 Fakta Menarik Tentang Azan...

Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Allah Yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW. Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam, yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari.

Betapa mengagumkan suara azan itu, dan bagi umat Islam di seluruh dunia, azan merupakan sebuah fakta yang telah kukuh.

1 . Kalimat Penyeru Yang Mengandungi “Kekuatan Supranatural”

Ketika azan berkumandang, kaum yang bukan sekadar beragama Islam, tetapi juga beriman, bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah.

Simpulan kesedaran psiko-religius dalam otak mereka mendadak bergetar hebat, berhubung secara bersama dan dengan sepenuh kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh, penuh kesyahduan ibadah solat berjamaah.


2. Asal Mula Yang Menakjubkan:

Pada zaman dulu, Rasulullah Saw. kebingungan untuk memberitahu masa waktu solat telah tiba kepada seluruh umatnya. Maka dicarilah berbagai cara.

Ada yang mencadangkan untuk mengibarkan bendera apabila waktu solat itu tiba, ada yang cadang untuk menyalakan api di atas bukit, meniup terompet, dan malah membunyikan lonceng. Tetapi semuanya dianggap kurang sesuai dan kurang elok.

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah Saw.

Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Ia terus keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.”

Kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

3. Azan Sentiasa Ada Semasa Peristiwa-Peristiwa Penting:

Azan digunakan Islam untuk memanggil umat untuk melaksanakan solat. Selain itu azan juga dikumandangkan di waktu penting. Ketika lahirnya seorang bayi, ketika peristiwa besar .

Peristiwa besar yang dimaksud adalah

1. Fathu Makah : Pembebasan Mekah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 tepatnya pada 10 Ramadan 8 H, di mana Nabi Muhammad beserta 10.000 pasukan bergerak dari Madinah menuju Mekah, dan kemudian menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah. Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah

2. Pengusaan Konstatinopel : Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan Ottoman, mengakhiri Kerajaan Romawi Timur lalu beberapa perajurit Ottoman masuk kedalam Ramapsan terbesar Mereka Sofia lalu mengumandangkan azan di sana sebagai tanda kemenangan Islam..



4. Adzan Sudah Milion kali Dikumandangkan:

Sejak pertama dikumandangkan sehingga kini mungkin sudah sekitar 1500 tahunan lebih azan dikumandangkan. Anggaplah setahun 356 hari . bererti 1500 tahun X 356 hari= 534000 dan kalikan kembali dengan jumlah umat Islam yang terus bertambah tiap tahunnya. Kita anggap umat Islam pada masa ini kira-kira 2 milion orang dengan nisbah 2 milon umat dengan 2 juta muadzin.

Hasilnya = 534.000 x 2.000.000 = 1.068.000.000.000 dikalikan 5 = 5.340.000.000.000

5. Adzan Ternyata Tidak Pernah Berhenti Berkumandang

Setiap kali fajar menyingsing di sebelah timur Sulawesi, kira-kira jam 5:30 waktu tempatan, maka azan subuh mulai dikumandangkan. Ribuan muadzin di kawasan timur Indonesia mulai mengumandangkan tauhid kepada Allah Yang Maha Kuasa, dan risalah Nabi Muhammad SAW.
Proses itu terus berlangsung dan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat pulau-pulau di Indonesia adalah satu jam. Oleh kerana itu, satu jam setelah azan selesai di Sulawesi, maka azan segera bergema di Jakarta, diikuti pula Sumatera.

Azan belum berakhir di Indonesia, maka ia sudah dimulai di Malaysia. Burma adalah di baris seterusnyanya, dan dalam waktu beberapa jam dari Jakarta, maka azan mencapai Dacca, ibukota Bangladesh. Dan begitu azan berakhir di Bangladesh, maka ia ia telah dikumandangkan di barat India, dari Kalkuta ke Srinagar. Kemudian terus menuju Bombay dan seluruh kawasan India.

Srinagar dan Sialkot (sebuah kota di Pakistan utara) memiliki waktu azan yang sama. Perbezaan waktu antara Sialkot, Kota, Karachi dan Gowadar (kota di Baluchistan, satu bahagian di Pakistan) adalah empat puluh minit, dan dalam waktu ini, (Dawn) azan Fajar telah terdengar di Pakistan.

Sebelum berakhir di sana, ia telah dimulai di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Azan kembali terdengar selama satu jam di wilayah Hijaz al-Muqaddas (Mekah dan Madinah), Yaman, Emeriah Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq.

Perbezaan waktu antara Bagdad dan Iskandariyah di Mesir adalah satu jam. Azan terus bergema di Syria, Mesir, Somalia dan Sudan sepanjang jam tersebut. Iskandariyah dan Istanbul terletak di garisan bujur geografi yang sama. Perbezaan waktu antara timur dan barat Turki adalah satu setengah jam, dan pada masa ini seruan solat dikumandangkan.
Iskandariyah dan Tripoli (ibukota Libya) terletak di lokasi waktu yang sama. Proses panggilan

Azan sehingga terus berlangsung melalui seluruh kawasan Afrika. Oleh kerana itu, kumandang keesaan Allah dan kenabian Nabi Muhammad saw yang dimulai dari bahagian timur pulau Indonesia itu tiba di pantai timur Lautan Atlantik dalam masa sembilan setengah jam.

Sebelum Azan mencapai pantai Atlantik, kumandang azan Zohur telah dimulai di kawasan timur Indonesia, dan sebelum berkumandang di Dacca, azan Asar telah dimulai. Dan begitu azan dikumandang di Jakarta setelah kira-kira satu setengah jam kemudian, maka waktu Maghrib menyusul.

Tidak lama setelah waktu Maghrib dikumandang di Sumatera, maka waktu azan Isya' telah dimulai di Sulawesi.Bila muadzin di Indonesia mengumandangkan azan subuh, maka muadzin di Afrika mengumandangkan azan untuk Isya'.


Friday, December 2, 2011

Fikirkan...


Setiap petang telah  menjadi rutin kepada pemilik pokok-pokok bunga untuk menyiram pokoknya yang kelihatan layu sebelum menjadi  segar bugar setelah disiram.
-Iman manusia juga begitu, kadang-kadang naik, kadang-kadang turun, maka penyelesaiannya ialah dengan sentiasa menyiram ilmu ke dalam dada agar Iman terus konsisten dan berkembang.

Dulu ketika zaman Hindustan sedang 'meletup' saban minggu pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang menonton filem-filem Hindustan.
Tiba-tiba pada suatu hari, cerita Hindustan yang ditayangkan tiada alih bahasa akibat masalah teknikal, maka kecewalah peminat-peminat Hindustan ini kerana mereka tidak dapat menghayati, memahami dan menitiskan air mata kerana tidak faham sebutir pun perkataan yang disebut di dalam cerita tersebut.
-Samalah juga dengan solat yang hanya akan menjadi ritual fizikal dan sebutan di hujung bibir sahaja jika tidak difahami maksud bacaan yang dibaca dalam solat.

Setiap pekakas, alatan atau segala jenis barang yang kita beli pasti disediakan buku manual bagi memastikan pengguna dapat memahami cara penggunaannya yang betul agar tidak mudah rosak ketika digunakan. 
-Allah S.W.T itu Maha Penyayang dan Maha Bijaksana. Dialah yang menciptakan manusia dan Dia jugalah yang menyediakan buku manual yang lengkap kepada kita iaitu al-Quran agar hidup kita sentiasa di jalan yang benar dan lurus.


Jika melalui Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, akan kelihatanlah bangunan KLCC yang tersergam indah dan berdiri kukuh walaupun ditiup angin ribut, hujan badai dan sebagainya kerana asas konkrit di bawahnya cukup teguh untuk menahan KLCC daripada segala rintangan yang dihadapinya.
- Islam merupakan sebuah agama yang kukuh dan sekiranya terpahat dalam diri seseorang, maka ia akan membentuk sebuah asas  yang paling kukuh dan terbentuklah sebuah peribadi Muslim yang sejati. 

Bagi mereka yang memakai kaca mata, saban hari ketika bangun sahaja daripada tidur, pasti kaca matalah  yang dicari terlebih dahulu agar mereka boleh melihat sekeliling dengan jelas.
-Maka, saban hari perkara pertama yang perlu dicari oleh setiap orang adalah Tuhan Penciptanya kerana itulah sebaik-baik tempat bergantung yang kekal abadi.

Mereka yang mempunyai kenderaan pasti akan menyelenggara kenderaan mereka, bergantung kepada jumlah milage yang tertera di meter atau keadaan kereta tersebut, agar kenderaan mereka dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.
-Hebatnya Islam kerana Allah S.W.T telah menetapkan manusia agar mendirikan solat lima kali sehari untuk  menyelenggara hati yang sering alpa dan melakukan dosa serta bulan Ramadhan diwujudkan sebagai tempoh penyelenggaraan diri yang paling istimewa agar hati, akal serta nafsu manusia dapat beroperasi dengan baik serta menurut syariat yang ditetapkan Allah S.W.T sepanjang tahun.

Mengikut Akta perundangan jalan raya, pemakaian helmet telah menjadi satu kewajipan kepada penunggang motosikal agar keselamatan mereka terjamin dan mengelakkan daripada disaman pihak berwajib.
-Wanita muslim juga begitu, Allah S.W.T  telah menetapkan agar mereka memakai tudung yang menutupi hingga ke paras dada agar keselamatan mereka terjamin daripada dinodai mata-mata lelaki yang sentiasa liar.


Durian merupakan makanan kegemaran majoriti rakyat Malaysia, walaupun luarannya begitu tajam dan berduri tetapi ia mempunyai isi yang cantik berwarna kuning keemasan yang enak.
-Begitu jugalah seharusnya penilaian dibuat kepada seseorang. Nilailah seseorang menerusi sifat dalamannya bukan sekadar sifat luaran semata-mata yang boleh mengaburkan mata manusia.

Setiap model jam yang sama pasti mempunyai nombor siri yang berbeza bagi mempermudahkan urusan mengenal pasti model dan memperlihatkan kualitinya yang tinggi dan ekslusif.
-Manusia juga pasti berbeza sifat dan mempunyai pendapat yang berbeza walaupun mereka adalah kembar seiras. Bahkan, setiap individu turut mempunyai cap jari yang berbeza! Ini membuktikan ciptaan Allah itu begitu unik, tiada tolok bandingannya dan mempunyai kualiti yang tertinggi.

Bagaimana mungkin sebuah kapal terbang dapat terbang beribu-ribu kaki daripada paras laut dan mencecah awan jika tiada juruterbang yang mengawalnya? 
-Lihatlah perubahan cuaca, siang dan malam, pergerakan angin, pergerakan antara bulan dan matahari yang menerangi kehidupan kita, adakah semuanya boleh bergerak dengan sendiri tanpa ada Pencipta yang mengawalnya saban hari?

Manusia mencipta komputer yang semakin lama semakin kompleks sehinggakan yang terbaru wujud pula komputer nipis yang dipanggil Web Book. Bagi yang tidak berada di dalam bidang IT dan kejuruteraan mekanikal pasti akan pening memikirkan bagaimana teknologi begitu cepat berkembang sehingga mampu pergi ke tahap ini.
-Inikan pula penciptaan Allah S.W.T terhadap segala ciptaan di dunia ini, cukuplah dengan melihat diri kita sendiri, cukup hebat ciptaan Allah yang pasti tidak akan tercapai dek kecetekan akal yang dipunyai oleh manusia.

 

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah..." – Al-'Imran : 190

 

Solat? hm..saya...

Situasi 1
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak cukup masa la. Keje saya banyak. Saya memang busy memanjang.


hm ?
 *Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan, maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.


Situasi 2
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadat saya tu?


hm?
* Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Jika kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T nescaya ibadat kita akan diterima Allah S.W.T. Insya-Allah.


Situasi 3
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak tau cara-cara nak solat. Mak ayah saya tak pernah ajar sebab mereka pun tak solat.


hm?
* Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. semua perkara  boleh dipelajari, asal kita mahu padanya.

Situasi 4
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Suka hati sayalah. Kubur masing-masing. Tolong jangan jaga hal saya.


hm?
* Terimalah teguran positif dengan hati yang terbuka, supaya diri kita sentiasa berubah menjadi lebih baik Sememangnya kubur masing-masing, namun siapa yang akan mengusung jasad kita ke kubur? mahu jawab   ".Tolong jangan jaga hal saya..." lagi ?. hm. fikirkan...


solat pun perlu khusyuk, ya .




Situasi 5
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya penatlah. Saya betul-betul tak larat. Boleh tak saya solat esok je?

hm?
*  Apalah sangat kepenatan kita untuk dibandingkan dengan kepenatan Rasulullah menyebarkan Islam? Malaikat di kiri dan kanan sentiasa peka,tahu ?(Malaikat Raqib & Atid)


Situasi 6
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Sebab saya memang dah biasa macam ni. Rileklah. Alim sangatlah awak ni. Tak rugged lansung!


hm?
* Bumi yang dipijak ini milik Allah S.W.T kawan. Bila-bila masa dia boleh 'gulung' bumi ini. Tika itu siapa yang kita cari? rakan-rakan rugged? tepuk dada tanya iman... tanya iman.


Situasi 7
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Alah nantilah aku solat. Aku muda lagi. Nanti tua aku taubatlah.


hm?
*Kita tidak tahu ajal kita bila. Boleh jadi hari ni, esok, lusa? Sekiranya gugur sahaja daun kita dari pokok yang terletak di Arash Allah S.W.T, maka bersedialah Izrail untuk memanggil kita pulang. Persoalannya, BERSEDIAkah kita ketika itu?

1001 alasan untuk tidak bersolat


itulah, kita selalu...
  • Terlalu sibuk dengan aktiviti harian hingga terlupa adanya Allah S.W.T.
  • Terlalu penat bekerja cari rezeki hingga terlupa, rezeki itu pemberian Allah S.W.T.
  • Asyik berfikir tentang dosa yang sudah dibuat, hingga terlupa mahu fikir, apa amal yang belum buat. Asyik risau tentang ibadat yang bakal dibuat, takut tidak diterima, sedangkan ibadat tersebut, belum cuba dibuat.
  • Sibuk mahu menuding jari tentang keburukan orang, hingga lupa yang diri sendiri pun sudah cukup baligh untuk berfikir mana yang baik ataupun yang buruk.
  • Terlalu marah fikirkan orang cuba masuk cmpur hal peribadi, hingga lupa, soalan itu merupakan teguran supaya tidak tergelincir dari landasan yang asas.
  • Asyik fikirkan diri yang penat, hingga lupa hendak terima kasih pada Allah S.W.T.
  • Terlalu sibuk mahu ruggedkan diri, smpai lupa bumi 'rugged' yang dipijak tu bumi Allah S.W.T.
  • Terlalu asyik fikirkan yang hidup muda ini untuk enjoy, yakin hidup sampai ke tua?
Pernah jumpa situasi-situasi di atas?
Pernah atau tidak pernah, itulah jawapan-jawapan lazim yang biasa kita dengar dari masyarakat Islam. Islam mungkin hanya pada nama, ataupun mungkin saja hanya pada ic, ataupun hanya pada pegangan.

Berpegang pada kefahaman Islam, tetapi tidak solat. Mungkin mereka terlupa bahawa, solat itu adalah tiang agama. Jangan kita kita lupa berterima kasih kepada Pencipta yang dtgkan kita ke dunia niIslam bukan hanya suatu pegangan mahupun kefahaman, malah Islam adalah suatu cara hidup yang tidak akan lapuk biarpun Islam wujud sejak zaman dahulu. Islam tidak akan berubah mengikut peredaran zaman ataupun teknologi.

kita di Malaysia mencari SERIBU alasan untuk TIDAK bersolat sementara mereka di PALESTIN mencari SERIBU cara untuk MENUNAIKAN solat. 
terlalu berbeza kan kita dengan mereka?

Tempat tinggal roh.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat":


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari Kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya":


1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

di kelompok manakah kita?
Bersediakah kita menghadapi kematian?
Menghadapi hari pengadilan?
Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan dijauhkan dari segala kemungkaran. Insya-Allah.

Tuesday, November 29, 2011

" apakah kunci syurga itu? "



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,

“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,

“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata,

“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata,

“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab,

“Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata,

“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. 

Semoga kita dapat mengambil manfaat dan pengajaran daripada kisah ini...
Ingat, jangan lupa agar sntiasa mmperbaharui syahadtain kita kerana setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan sama ada kita sedar atupun tidak... Tugas kita hanyalah sentiasa berdoa dan memohon keampunan daripada ALLAH taala... jangan lupa SOLAT kerana SOLAT ITU TIANG AGAMA... assolatu imaddudin... wallahua'lam...