Pages

Subscribe:

Labels

Sunday, April 7, 2013

Sempurnakan...

assalamualaikum sahabat.. 

harini, kami ingin berkongsi dengan anda sumua berkaitan dengan WUDHU'..
haa.. simple je kn tapi sebenarnya banyak benda lagi yang kita tak tahu tentangnya..
sbelum kita cotcet cocet banyak lagi, firstly, buka mata, buka hati dan kte usha dulu video di bawah nii..


ana, rasa anta semua paham kisah dalam video di atas di mana betapa pentingnya kesempurnaan wudhu'..
wudhu' yang sempurna bukan sahaja mampu menyicikan anggota badan kita malah menyucikan hati, melembutkan jiwa dan memadamkan api kemarahan kerana marah adalah daripada syaitan, syaitan diperbuat daripada api.. maka, untuk memadamkan api wudhu'lah cara yang paling berkesan.. tapi, pastikan sempurna ye..

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.

Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

 Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

 Hikmah Wudhu Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

 Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka. Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali..."
~al Maidah 5:6~

   Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Daripada Saidina Umar r.a. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim)

hadis di atas ni agak familiar bukan?? sebabnye ni la hadis yang kat tv3 tuh bila masuk waktu asar.. hehe
 Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

oke, rehat jap.. tenagkan fikiran.. moh kite dengar nasyid ni dlu ye..


sedap nsyidnye.. oke, sambung balik..

 Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. Cara Wuduk Rasulullah S.a.w Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim )

 Huraian Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

“Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al –Ankabut, 45]

acane ye nak berwudhu' dengan sempurna?
follow this step~

1. Berniat dalam hati

2. Membaca Basmalah


3. Mencuci tangan sampai ke pergelangan sebanyak 3 kali


4. Berkumur 3 kali Bersiwak (gosok gigi)

5. Memasukkan air ke dalam rongga hidung sebanyak 3 kali. Usahakan untuk bisa memasukkan sedalam-dalamnya, kecuali jika dalam keadaan puasa. Setelah itu, mengeluarkannya sebanyak 3 kali pula. Juga diperbolehkan mengambil air dengan telapak tangan dan membaginya. Yaitu, sebagian untuk berkumur dan sebagian lainnya untuk beristinsyaq. Selanjutnya mengeluarkan ke arah sebelah kiri. Hal ini dilakukan sebanyak 3 kali

6. Membasuh muka sebanyak 3 kali. Dalam membasuh muka ini dimulai dari tempat tumbuhnya rambut kepala sampai ke ujung dagu paling bawah dan dari bagian bawah telinga sebelah kanan sampai pada bagian bawah telinga sebelah kiri.


7. Selanjutnya basuhlah tangan sebelah kanan sampai ke siku sebanyak 3 kali, lalu tangan sebelah kiri juga 3 kali. Dalam membasuh tangan ini, hendaklah dimulai dari jari-jari, yaitu dengan menyela-nyela antara jari-jari tersebut dan menggerakkan gelang tangan jika memakainya.


8. Kemudian usaplah kepala secara keseluruhan atau seperempat kepala pada bagian depan satu kali saja, yaitu dengan menggunakan kedua telapak tangan setelah membasuh keduanya dengan air. Caranya dimulai dari depan ke belakang, kemudian menariknya dari belakang ke depan. Dari sisa air yang masih ada pada tangan, boleh digunakan untuk mengusap kedua telinga, baik bagian luar maupun dalam sebanyak satu kali.

9. Kemudian basuhlah kaki sebelah kanan sebanyak 3 kali dan sebelah kiri juga 3 kali. Keduanya sampai ke mata kaki yakni buku lali. Hal ini dilakukan dengan disertai penyelaan terhadap jari-jari kaki dan meratakan basuhannya mencapai tumit.

10. Perhatikanlah urutan ini dan berhati-hatilah untuk tidak membiarkan sedikitpun dari bagian atau anggota wudhu yang harus dibasuh tidak terkena air, sehingga wudhu dan shalat yang dilakukan menjadi sah, tidak batal.

11. Selain itu hendaknya tidak berlaku boros di dalam menggunakan air.

12. Di dalam membasuh atau mengusap bagian-bagian yang harus dibasuh dan diusap, tidak diperbolehkan menyelang waktu yang terlalu lama antara satu bagian dengan bagian yang lain, sehingga bagian sebelumnya telah menjadi kering.

13. Juga tidak diperbolehkan berbicara pada saat berwudhu, kecuali karena adanya suatu kepentingan yang diperbolehkan.

14. Setelah selesai berwudhui, ucaplah doa :


Aku bersaksi, bahwa tidak ada ilah yang patut disembah selain Allah dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku juga bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba sekaligus rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan pula aku termasuk orang-orang yang mensucikan diri

apa istimewanya berwudhu' dengan sempurna?? hayati hadis rasulullah ni..

 Dari Abu Hurairah RA, katanya: Bersabda Rasulullah SAW: "Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah (Palestin) dan 'Adan (Yaman) airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.: Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu? Jawab Rasulullah SAW: Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain".
(riwayat muslim)

sebelum terlupa, moh kita layan vid ni.. ade la sikit2 tentang wudhu'..


bak kata cikgu sekolah rendah ana, betulkan yang biasa, biasakn yang betul..
 selamat beramal!! ^^

Wednesday, March 6, 2013

Budayakan sunnah "jazakallahu khaira"

Assalamualaikum,buat pembaca blog ni,semoga antum sentiasa dirahmatiNya...
mabruk ya!!kerana antum semua sekarang berada di zon ILMU!! :D

insyaAllah,untuk perkongsian ilmu kali ini menceritakan tentang satu sunnah yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian kita..pernah tak dengar ucapan ni??



mungkin jarang2 kita dengar...tapi sebenarnya ia adalah satu sunnah n_n

salah satu tanda seseorang itu memiliki akhlak yang mulia adalah dia akan membalas setiap kebaikan yang dilakukan kepadanya.Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Rahman ayat 60 yang bermaksud:

"Tidak ada balasan atas kebaikan yang dilakukan kecuali kebaikan jua"

Nabi Muhammad S.A.W mendidik umatnya agar membalas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada kita.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada kamu,maka balaslah kebaikan yang telah dilakukannya itu.Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk diberi sebagai balasan atas kebaikan yang dilakukannya itu,maka hendaklah kamu mendoakan kebaikan kepada saudaramu itu,sehingga engkau merasa telah membalas kebaikannya".(Riwayat Abu Daud)

Jika kita tidak mampu untuk membalas kebaikan dengan memberi sesuatu hadiah kepada rakan kita atau menghulurkan sebarang bantuan  hendaklah membalasnya denagn mendoakan kebaikan kepada rakan kita itu.insyaAllah doa tersebut boleh memberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan di akhirat. n_n

Usamah bin Zaid r.a berkata  bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya,maka hendaklah berkata kepada orang yang melakukan kebaikan kepadanya itu:"jazakallahu khaira".Dengan demikian,dia telah membalas kebaikan tersebut dengan sebaik-baik balasan."(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

Dalam kitab Faid al-Qadir disebut bahawa ucapan "jazakallahu khaira" ini bermaksud "aku memohon semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu sebagai balasan atas kebaikan yang engkau lakukan".

Para sahabat juga sentiasa mengucapkan doa ini sesama mereka...dalam kitab Musannaf Ibn Abi Syaibah ada disebutkan bahawa Saidina Umar pernah berkata:"Jika kalian tahu apa yang terdapat dalam ucapan "jazakallahu khaira",nescaya kalian semua akan memperbanyakkan sebutannya sesama kalian."

semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menambah amalan kita untuk dibawa di akhirat kelak..insyaAllah..
sama-sama kita berdakwah bukan sahaja untuk diri kita sahaja..tetapi juga untuk orang lain.

akhir kalam..jaga hati..jaga iman kita dengan menguatkan lagi cinta kita pada RasulNya..selamat beramal dgn sunnah Rasulullah  yang tercinta <3 <3

*sebutlah ucapan itu selengkapnya...elakkan hanya mengucapkan "jazakallah"sahaja..kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyebutnya dengan lengkap.Jika untuk lelaki disebut "jazakallahu khaira".Manakala untuk perempuan pula disebut "jazakillahu khairan.Lafaz "jazakumullahu khaira" disebut untuk kumpulan yang ramai.wallahu a'lam~




Thursday, January 31, 2013

TAMPANNYA DIA ! !


Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam sayang,salam satu aqidah.kali ini ingin sekali kami kongsikan bersama-sama tentang susuk tubuh insan agung bernama Muhammad.sememangnya kita kenal secara umum siapa muhammad.namun bagaimana fizikalnya,jarang kita ketahui dan yang paling penting..jarang kita cari.! !

berlatarkan hadis-hadis sahih yang direkodkan oleh imam tirmizi di dalam kitabnya syamail muhammadiyah(keanggunanmu ya rasulallah),kami coretkan kembali disini ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh baginda Rasulullah saw..


FIZIKAL RASULALLAH

hadis pertama
Anas bin Malik berkata:"Rasulallah bukanlah orang yang terlalu tinggi,namun bukan juga terlalu pendek,kulitnya tidak putih pucat juga tidak sawo matang,rambutnya ikal tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.beliau diutuskan Allah menjadi rasul pada usia 40 tahun.beliau menetap di makkah sebagai rasul selama 10 tahun dan di madinah juga selama 101 tahun.beliau diwafatkan oleh Allah dalam usia 602 tahun,dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya." (direkodkan oleh:Bukhari,Muslim dan Tirmizi)

hadis kedua
Al-bara' bin 'Azib berkata : aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga(antara cuping telinga dan bahu),dengan memakai pakaian berwarna merah,yang lebih tampan daripada Rasulallah.beliau memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya.kedua-dua belah bahunya bidang.beliau bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi. (direkodkan oleh:Muslim,Abu Dawud dan Tirmizi)

hadis ketiga
Ali bin Abi Talib berkata:Rasulallah tidak tinggi dan tidak rendah,telapak tangan dan kakinya terasa tebal dagingnya namun lembut.kepalanya besar,tulang sendinya besar.bulu yang tumbuh di dada sehingga pusatnya lebat.apabila beliau berjalan,pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang rendah.tidak pernah aku melihat orang yang setanding dengannya,sama ada sebelum beliau lahir mahupun selepas beliau meninggal dunia (direkodkan oleh:Tirmizi)

 hadis keempat
Jabir bin Samurah berkata:aku melihat Rasulallah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama.pada waktu itu,beliau memakai pakaian berwarna merah.aku memandang beliau dan rembulan silih berganti.menurutku,beliau lebih indah daripada bulan purnama.(direkodkan oleh: Tirmizi)

meneliti hadis hadis diatas, jelaslah bahawa sesungguhnya kekasih Allah ini seorang yang sungguh tampan dan indah. Tetapi, sahabat sahabat jangan pula bersedih hati andai memiliki rupa yang kurang menarik. Hal ini demikian kerana Allah swt sendiri telah mengkhabarkan kepada kita bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian dalam firmanNya yang berbunyi:

mafhumnya: Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.
(at Tin 95: 4)




 KHATIMIN NUBUWWAH

Kita sedia maklum bahawa baginda Rasulullah saw adalah khatimin nubuwwah yakni, penutup sekalian nabi seperti yang dijelaskan dalam sepotong hadis:
Abu Zaid 'Amr bin Akhtab Al-Anshari berkata kepada 'Alba bin Ahmar: Rasulallah pernah berkata kepadaku,"wahai Abu Zaid,ke marilah dan usaplah belakang badanku."aku pun mengusap badan rasulallah dan jari-jemari ku menyentuh tanda kenabian. 'Alba bertanya kepada Abu Zaid,"bagaimanakah bentuk tanda kenabian itu?"Abu Zaid menjawab "gumpalan rambut" (direkodkan oleh:Tirmizi dan Ahmad)

RAMBUT RASULALLAH

bagaimana pula rambut baginda?? dalam hadis yang direkodkan oleh Tirmizi, Muslim, Ibnu Majah dan Nasa'i..
Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulallah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.

Dalam hadis lain yang direkodkan oleh Tirmizi,Abu Dawud dan Ibnu Majah..
Ummu Hani berkata:aku melihat rambut Rasulallah diikat empat

Dalam hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad..
Anas bin Malik berkata:aku hanya menemukan empat belas uban di rambut dan janggut rasulallah.
Dalam hadis lain,
Utsman bin Mauhab berkata:Abu Hurairah pernah ditanya,"adakah Rasulallah mewarnakan rambutnya?"Abu hurairah menjawab "ya."(direkodkan oleh:Tirmizi,Bukhari dan Ibnu Majah)
 daripada hadis hadis di atas, jelaslah bahawa Rasulullh merupakan seorang yang bukan sahaja tampan malah sentiasa menjaga kekemasan dirinya terutama rambutnya, yakni mahkota kepada manusia.


CELAK RASULALLAH

Baginda juga sentiasa mengamalkan pemakaian celak seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah
Ibnu Abbas melaporkan,Rasulallah berkata:"bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid,kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."..Ibnu Abbas yakin,Rasulallah mempunyai peralatan bercelak yang digunakannya setiap malam,tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri.
Rasulullah saw memakai celak? Ya.. Baginda sentiasa memakai celak kerana celak bukan sahaja dapat mencerahkan penglihatan malah mampu menumbuhkan bulu mata..

Akhir kalam, semogaperkongsian ringkas di sini dapat kita jadikan pedoman untuk memperbaiki diri demi menggapai redhaNya.. Wallahu a'lam~


Thursday, January 10, 2013

Watch what we eat!!

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian.. hari ini ana ingin berkongsi dengan antum berkaitan satu lagi topik baru berkaitan salah satu rutin harian kita iaitu MAKAN. haa..anda tahu apa maksud MAKAN?? haha.. mestilah semua orang tahu kan makan tu ape.. oke, maklumat ini ana dapat daripada sebuah blog.. di sini ana hanya nak berkongsi dangan antum tentang satu lagi ilmu baru yang baru je ana dapat..

Firman Allah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah Ayat 168)

 Firman Allah: Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.  (Surah Al-Maidah Ayat 88)

Firman Allah: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (Surah An-Nahlu Ayat 114)

1. ORGAN DALAMAN


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ?

    Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 

   Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
 * Antibiotik tylosin
 * Penisilin
 * Oxytetracycline
 * Kanamycin.

 Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser.Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

    Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

    Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

2. KOPI


   Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

   Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Mari kita lihat kebaikan kopi :-

# kafein dalam kopi~

   Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

#kopi bergula mningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.


#antioksida dalam kopi

   Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan. Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!!

   Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik.

  “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

3. FAST FOOD


Mereka (yahudi) menggalakkan kita makan makanan yang langsung tidak berkhasiat seperti makanan segera. Makanan segera (Fast food) adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan dengan sangat cepat. Contohnya, mee segera. Kepada penggemar mee segera, berhati-hati apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian. Ini kerana, terdapat sejenis lilin (salutan wax) yang melapisi mee tersebut agar tidak melekat antara satu sama lain yang boleh membahayakan kesihatan penggunanya.

    Jika kita perhatikan, Mi kuning yang belum dimasak di kedai akan kelihatan berminyak. Lapisan minyak ini akan mengelakkan mi tersebut dari melekat antara satu sama lain. Mi Wonton pula yang masih mentah biasanya ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat. Seseorang yang mengambil mee segera setiap hari berisiko menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahawa tubuh kita mengambil masa lebih dari dua hari untuk membersihkan salutan wax tersebut.


   Seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang telah berhenti perkhidmatannya dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga. Dia tidak memasak tetapi kerap makan Mie segera setiap kali waktu makan. Kemudian akhirnya menderita kanser. Dalam kes yang berasingan, SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, dimana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah baginya adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian, beliau juga disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.

   Seterusnya, makanan segera juga mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi serta bahan pengawet yang berbahaya. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutamanya kanak-kanak. Sampah di sini bukan bermaksud sampah yang dalam tong sampah tu ataupun sampah masyarakat, tetapi dimaksudkan ialah benda yang tidak berguna. Ini kerana, keburukan makanan segera mengatasi kebaikannya sendiri.



#COKE



kbaikan lain coke --->> kebaikan coca cola

# SOYA


Ingin tahu kandungan sebenar kacang soya? Korang dinasihatkan supaya membaca artikel ini sampai habis kerana terdapat juga produk berasaskan soya adalah selamat setelah menjalani proses tertentu.

   Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan sebagainya. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik kurang diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni kami nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Berikut adalah antara keburukan kacang soya :

 1. Tinggi kandungan asid phytic (sejenis bahan anti-nutrien) yang menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang penting untuk badan. Akibatnya, zat makanan yang kita makan tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

 2. Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.

 3. Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan kuantiti pengeluarannya. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya? Hmm.. entah ke mana.

 5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Ia juga boleh merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Tambahan pula, toksin ini tidak dapat dimusnahkan melalui proses masakan. Ini akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan pankreas. Malang sekali, disebabkan unsur antizat yang terdapat pada soya. Sesetengah pengeluar hasil soya membasuh soya dengan asid di dalam tangki aluminium untuk mamastikan antizat tu hilang!

 6. Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk, tahu??

 7. Mengandungi sejenis bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan).

Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!


Memang benar soya juga mempunyai kebaikannya. Tetapi, ada caranya untuk mendapatkan khasiatnya itu. Berikut adalah antara kandungan soya yang membawa kebaikan.

1. Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan. Susunan ini merupakan komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.

 2. Selain itu, soya juga mempunyai satu susunan yang paling menarik iaitu satu chemical bernama isoflavone. Isoflavone pula merupakan komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukan mudah dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

 3. Tempe dan kicap (soy sauce) adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana tempe dan kicap telah melalui proses penapaian (fermentation process). Soya ini cuma tidak elok dimakan secara mentah (fresh) apatah lagi jika telah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar terutamanya). Tetapi, bagi sesetengah produk soya seperti tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

 Untuk pengetahuan kita semua, yahudi juga mengwar-warkan kebaikan minum soya kerana USA merupakan pengeluar terbesar soya. Secara kesimpulannya, mereka bukan sahaja melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


ok, sebenarnya banyak lagi yang belum disebutkan disini. Antum dinasihati agar tidak mudah terpedaya tengan tipudaya Yahudi Laknatullah ini... Bagi yang masih belajar, tuntutlah ilmu dengan sebaik baiknya dah janganlah mudah terpengaruh dengan segala tipudaya agen syaitan ini.. wallahu a'lam~

Thursday, May 31, 2012

The Killers...

assalamualaikum semua...
antum apa khabar??hmm...semoga antum sihat yer..amiiin...

baiklah...hari ini mari kita berkongsi tentang satu isu yang amat famous sekarang iaitu.....

ROKOK

rokok?? antum tahu tak rokok tu ape?
isshhhh... mustahillah tak tahu..

nie la yang dinamakn rokok..
ok, sebelum tu, mai kita tengok video nie...

 

ingat, rokok tu kan haram...

firman Allah swt...

 "...dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu..."
~An Nisa',4 :29~

dalam ayat nie, Allah swt mengingatkan kepada kita supaya kita tidak membunuh diri kita sendiri dengan apa cara sekalipun, kan?
bukankah dengan menghisap asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia seperti nikotin, tar dan sebagainya adalah satu cara untuk membunuh diri?
dah lama sangat ke hidup sampai snggup cari jalan untuk membunuh diri..
menurut kajian, orang yang bersama dangan penghisap rokok seperti keluarga, dan rakan rakan lebih mudah mendapat kesan rokok berbanding orang yang menghisapnya.. iy0lah.. apa tidaknya, lepas hisap rokok, hembus ke sekeliling...memanglah orang lain yang jadi mangsa..
hmmm...apa nak jadi...

baiklah seterusnya, sebab sebab lain yang menjadikan merokok ni haram...

Allah swt berfirman..

"sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar terhadap tuhannya"
~Al Isra, 17 : 27~

MEMBAZIR. huh~ kalau kita tengok la kan harga rokok sekarang ni, melambung lambung harganya..
haritu ana pergi ke satu kedai, tiba tiba ana ternampak rokok yang dijual sebatang sebatang la kot..
nak tahu harganya berapa? 

1 batang RM 0.50

huh...mahal betol... kalau beli gula gula pun dapat sepuluh bijik...hmm..
amat membazirlah sesapa yang merokok tu...
hisap hembus 6, 7 kali habis 50 sen....
ish ish ish..

so0o... harap harap antum faham la kan apa yank nak di sampaikan di sini...
ingat, Islam mengharamkan bende yang haram dan haram berjual beli benda yang haram..

"Sesungguhnya Allah dan Rasulnya mengharamkan jualan arak, jualan bangkai, jualan khinzir dan jualan patung berhala.."

apa macam??

sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu juga datang dripada Allah swt atas kelemahan ilmu, iman dan amal kami..
wallahu a'lam..


Monday, May 28, 2012

MANGKUK,MADU dan SEHELAI RAMBUT...

assalamualaikum..
dah lama tak update blog nie kan...
oke..harini, mari kita berkongsi satu cerita yang menarik untuk sama-sama kita baca.. hayati.. dan seterusnya menyampaikan..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Saidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

 Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


 Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


 Rasulullah SAW bersabda, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambutcukup sekadar itu untuk hari ini..barakallah alaik ! !


Saturday, March 31, 2012

Menegur dan ditegur..

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.


Membina dan Meroboh 

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur 

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting, Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.


Wallau a'lam..

Wednesday, March 14, 2012

Solat Sunat Rawatib,...


semua mesti pernah dengar tentang solat sunat Rawatib, kan...
nie ade sikit tazkirah ringkas tentang salah Satu ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam nie..
meh kita sama-sama amalkannya...

Ummu Habibah berkata bahwa ia mendengar Rasul shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib) sehari semalam, akan dibangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Muslim no. 728)

Dalam riwayat At Tirmidzi sama dari Ummu Habibah, ia berkata bahwa Rasulullah shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِىَ لَهُ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ

“Barangsiapa sehari semalam mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib), akan dibangunkan baginya rumah di surga, yaitu: 4 raka’at sebelum Zhuhur, 2 raka’at setelah Zhuhur, 2 raka’at setelah Maghrib, 2 raka’at setelah ‘Isya dan 2 raka’at sebelum Shubuh.” (HR. Tirmidzi no. 415 dan An Nasai no. 1794, kata Syaikh Al Albani hadits ini shahih).


so, apa lagi..moh kita sama sama mengejar ganjaran daripadaNYA...
semoga dengan mengerjakan ibadah Solat Sunat Rawatib ni, ia akan menampung Solat 5 Waktu kita yang  kita sendiri tak tahu sama ada sempurna atau tidak.. insya-Allah...

Wallhu a'lam..

Tuesday, March 13, 2012

Belajar dengan Syaitan??



Aku adalah seorang yang suka membaca, setiap kali ada masa lapang aku pasti membaca buku. Setiap bulan aku akan membeli sekurang-kurangnya sebuah buku, untuk dibaca. Hidup ku dengan membaca dan buku sudah tidak dapat dipisahkan. Sehari tidak membaca buku, aku akan merasa kekurangan. Apatah lagi dalam masa semingggu.

Sedang aku menumpukan perhatian, membaca apa yang tertulis pada muka surat buku tersebut. Tiba-tiba Faiz yang duduk disebelahku bersuara.

"Belajar tu, jangan asyik baca buku saja, bertanyalah juga dengan guru!"
"Kalau belajar tanpa guru, nanti belajar dengan syaitan!" Tambah Amar yang duduk dibelakang ku.
Aku sudah biasa mendengar orang menegurku sebegitu. Ini bukan kali yang pertama. Entah buat kali yang ke berapa, aku sudah lupa, kerana aku sendiri tidak menghitungnya.


"Ya, jangan risau. Bukankah selama ini kita belajar bersama-sama di dalam kelas ni?" Aku menjawab teguran Faiz dan Amar.

Aku bukanlah menafikan kata-kata mereka berdua secara seratus peratus. Apa yang mereka ucapkan itu ada benarnya juga. Belajar itu sememangnya perlu berguru. Sangat mustahil bagi seseorang itu mempelajari sesuatu ilmu, tetapi tanpa berguru. Selama ini pun, aku belajar agama bukannya secara sendiri, melainkan aku berguru. Tapi, tidak perlulah aku sibuk untuk menghebohkan atau menyebutkan satu persatu nama guru-guruku kepada mereka. Kebanyakan manusia sememangnya suka bercakap mengikut suka hatinya tanpa berfikir panjang.

Hari ini segelintir orang yang berpandangan sempit, telah membataskan pengertian belajar. Bagi mereka belajar yang sebenarnya hanyalah belajar dihadapan guru sahaja. Apabila mereka melihat seseorang yang asyik membaca buku, mereka akan berkata kepadanya "Barang siapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya!".

Aku merasa tidak keterlaluan, sekiranya aku beranggapan, orang yang berkata begitu sebenarnya, adalah orang yang diserang penyakit malas. Malas membaca, menelaah dan mengkaji. Kata-kata 'barang siapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya!' tidak lain hanyalah slogan kosong untuk dijadikan alasan bagi sikap mereka yang malas membaca. Mereka lupa bahawa para ulama dahulu adalah orang yang kuat membaca kitab, beribu dan berjilid-jilid kitab mereka telaah. Adakah semua kitab itu mereka baca daripada lembaran ke lembaran didepan gurunya? Jawapannya sudah tentu tidak.

Namun begitu, walaupun suka membaca, jangan pula kita lupa untuk belajar secara berhadapan dengan guru agama yang diiktiraf keilmuaannya, berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah di atas fahaman Salafus Soleh. Kita perlu bijaksana dalam mengimbanginya. Itulah peganganku dalam menuntut ilmu.

"Kalau belajar tanpa guru adalah belajar dengan syaitan, maksudnya kalau kita belajar dengan guru, kita belajar dengan malaikat? Begitukah?" Aku menyoal Faiz dan Amar dengan nada berjenaka. Secara logiknya, sekiranya kita terbalikkan kata-kata Amar tadi, maka begitulah maknanya.

Faiz dan Amar terkejut dengan kenyataanku. Mungkin tersedar bahawa, kata-kata mereka tadi ada silapnya.
"Sebenarnya kata-kata "barang siapa belajar tanpa guru, maka dia belajar dengan syaitan" itu daripada mana datangnya?" Sebelum mereka sempat menjawab soalan yang ku ajukan tadi, soalan seterusnya menyusul. "Adakah ianya hadis Rasulullah s.a.w atau pun kata-kata manusia yang tidak terpelihara?"

"Entah, aku pun tak tahu!" kata Amar selamba. "Tapi banyak orang cakap macam tu aku dengar!"
Amar cuba mengukuhkan kata-katanya dengan menjadikan kata-kata orang ramai sebagai sokongan. Faiz pula hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Yalah, memang banyak orang cakap macam tu. Aku pun pernah dengar juga. Tapi, itu tidak menjadi petanda apa yang orang cakapkan itu adalah benar!" Aku membantah kata-kata Amar. Raut wajahnya mula berubah, dia memang pantang dibantah.

"Pada pandangan aku kita perlu nilai semula kata-kata itu." Aku menutup buku ditanganku, lalu memasukkannya ke dalam meja. Amar dan Faiz saling berpandangan antara satu sama lain.

"Belajar dengan guru tidaklah menjamin, bahawa setiap apa yang dipelajari oleh seseorang itu pasti benar seratus peratus. Ini kerana, guru tempat kita belajar itu bukanlah nabi atau rasul yang maksum, terpelihara daripada silap dan salah! Mereka juga manusia biasa, mereka boleh tersilap dan tersalah. Begitu juga dengan kita."

"Bila kita lihat secara realitinya, ada di antara manusia itu, walaupun dia belajar secara berguru, tapi dia tetap termasuk ke dalam golongan orang yang tersesat. Ini kerana, guru tempat dia belajar itu rupanya adalah orang yang sesat!" Aku menambah lagi.

Sedang aku, Faiz dan Amar bertukar fikiran, rakan-rakan yang berada disekeliling kami mula menghampiri. Rakan-rakanku memang pantang melihat perbincangan agama, pasti mereka ingin turut serta, sama ada dengan menyumbangkan pandangan atau mendengar dengan penuh perhatian.

"Betul juga tu! Aku setuju!" Faizal menyampuk.
Amar mengerling Faizal, raut wajahnya menunjukkan dia tidak berpuas hati. Faizal cuba membalas pandangan Amar dengan senyuman yang tidak bersalah.

"Yalah. Betul juga kau cakap tu!" Akhirnya Amar mengalah. Dia tidak dapat menafikan kebenaran kata-kataku. "Memang belajar dengan guru itu tidak menjamin apa yang kita pelajari benar seratus-peratus. Tapi kita perlu faham, kalau kita belajar dengan guru, bukankah lebih bermanfaat. Malah langkah pembelajaran kita pun akan menjadi lebih mudah. Mungkin ada penjelasan yang tidak dinyatakan di dalam buku, tapi guru kita mengetahuinya!"


Aku diam seketika. Berfikir.

"Ya, aku setuju. Memang tidak boleh dinafikan belajar dengan guru itu mempunyai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri, yang ianya tidak ada pada orang yang belajar dengan asyik membaca buku."

"Cuma yang aku tidak setuju, bila kau kata "barang siapa belajar tanpa guru, maka dia belajar dengan syaitan", sebab kata-kata kau tadi tu seolah-olah menghalang orang daripada membaca dan mengkaji daripada buku-buku, dan hanya mencukupkan diri dengan belajar secara berdepan dengan guru." Setelah menjelaskan persamaan pandangan antara aku dengan Amar, aku pun menjelaskan titik perbezaan pandangan antara kami.

"Ulama dahulu pun belajar berguru juga, tapi pada masa yang sama mereka tidak meminggirkan pembacaan daripada kitab-kitab. Para ulama dahulu terdiri daripada pencinta buku. Mereka membaca beribu-ribu jilid kitab dan risalah. Perkara ini kita boleh lihat dalam kitab, Kaifa Tatahammas li Thalibil 'Ilmisy Syar'i karya Syaikh Abul Qa'qa Muhammad bin Shaleh, yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu dengan tajuk Keutamaan dan Kelebihan Menuntut Ilmu."
"Apa yang penting sebenarnya, kita seimbangkan. Kita belajar dengan guru, kita juga membaca buku. Apabila tidak faham kita berbincanglah dengan guru, atau sesama penuntut ilmu."

Faiz dan Amar hanya senyum mendengar kata-kataku. Rakan-rakan yang lain bergegas kembali ke tempat masing-masing, kerana kelihatan Ustaz Amri yang akan mengajar kami subjek Usul Feqh sebentar lagi, sudah pun berada diluar kelas. Sejurus selepas itu Ustaz Amri pun masuk ke kelas, dan sesi pembelajaran bagi subjek Usul Feqh pun bermula.

"Barang siapa yang belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya!"
Ada segelintir orang menyangka bahawa kata-kata ini adalah hadis Rasulullah s.a.w, tetapi hakikatnya kata-kata sebegini tidak pernah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w secara shahih.


Friday, March 9, 2012

Sambutan Maulidurrasul 1433H...

Pada 6 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiul Awwal 1433H, sambutan Maulidurrasul telah diadakan.. Aktiviti ini bertujuan bagi memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah saw dalam kalangan pelajar dan guru-guru SMK Agama Kerian..

Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutana ini ialah:

@ Perarakan
@ Pertandingan membuat sepanduk
@ Tayangan khas
@ Usrah umum "Habibi Qalbi"

Wajah-wajah ceria pelajar dan guru semasa sambutan:

Perarakan...




 Tayangan khas...




Usrah umum "Habibi Qalbi"

Sebelum kedatangan Islam, kehidupan masyarakat jahiliyah amat tidak bermoral dan boleh dikatakan setiap masa ada sahaja maksiat-maksiat besar yang dilakukan mereka. Perbuatan seperti meminum arak, melacur diri dan menilik nasib bagaikan rutin harian hidup mereka. Berfoya-foya menjadi tradisi, berjudi menjadi hobi, membunuh menjadi tanda kemegahan diri. Kemurnian akhlak memeng sudah lama menyepi sejak perginya Isa, seorang Nabi.






 Namun, dalam kejahilan dan keruntuhan akhlak zaman itu, masih ada satu binaan yang menjadi tanda pernah hadirnya Nur Ilahi. Ya, kaabah. Kaabah yang dibina oleh nabi Ismail serta  bapanya Nabi Ibrahim masih kekel di situ. Bezanya, di sekeliling kaabah tersebut terdirinya ratusan berhala-berhala besar yang menjadi sembahan masyarakat arab Jahiliyah. Sehinggaah suatu hari...

 

Ya, Allah telah mengutuskan burung burung yang bergelar Ababil mengangkut batu batu dari api neraka dan menjatuhkan batu batu tersebut tepat di atas tentera bergajah Abrahah.


Dengan kuasa Allah, matilah tentera tentera tersebut dalam keadaan hina dan terseksa...

Selepas peristiwa tersebut...

Tercipta satu lembaran sejarah 
di tanah suci kota Mekah
Hari Yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin Subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut mulia
Terima putera yang mulia

Sajak Muhammad Habiullah

Bersamaan 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah
Lahirlah seorang insan yang disanjungi
Disayangi dan dicintai setiap insan
Dan makhluk di dunia ini

Ditinggalkan bapa
Tika masih dalam kandungan
Muhammad bin Abdullah nama diberi
Aminah hanya tinggal menanti waktu
Abdul Mutalib pula membilang masa
Masa telah tiba
Insan suci kekasih Allah
Telah lahir di dunia

Terpadam api sembahan Majusi
Terpancar cahaya di Istana Syam
Burung-burung bagaikan enggan menepakkan sayap
Suasana alam sunyi sepi
Derita Aminah tak tertahan lagi
Takdir Ilahi menjemput pergi
Muhammad ditinggalkan yatim piatu
Dibawah jagaan Abdul Mutalib

Tidak lama kemudian
Si datuk pula kembali menemuai Yang Esa
Abu Talib menjadi pilihan
Memelihara Muhammad yang kini sendiri

Dibelai, dijaga penuh cinta
Muhammad kini semakain dewasa
Al-Amin gelaran yang terpuji
Dirisik Khadijah menjadi suami
Menjadi peneman sehidup semati

Gua Hira' menjadi saksi
Tika Jibril mengutus wahyu
Menggigil ketaktan diselimuti Khadijah

Iqra.. iqra.. iqra..wahyu pertama
AlAmin kini bergelar nabi
Penyuluh ummat zaman ini

sajak daripada wakiltingkatan 5 yang begitu menyentuh kalbu..
 40 tahun berlalu, kehidupan baginda rasulullah berjalan seperti biasa.
Kosong!! di lubuk hati baginda yang paling dalam, baginda merasakan sesuatau kekosongan. Dengan tabiat masyarakat arab yang masih tidak berhenti melakukan perbuatan-perbuatan keji, baginda mengasingkan diri(bertahannuth) di sebuah gua yang jauh dari kehidupan bandar dek titak tertahan dan sedih melihat perbuatan masyarakat Mekah.

Suatu malam yang bertarikh 17 Ramadan, seperti biasa baginda pergi bertahannuth di gua hira,. Tiba-tiba Muhammad dikelilingi cahaya. Apabila mendongak, baginda ternampak malaikat Jibril berdiri dihadapannya. Muhammad tergamam.

Jibril         : Iqra'
Muhammad : Aku tidak tahu membaca.
Jibril         : Iqra'
Muhammad : Aku tidak tahu membaca
Jibril         : Iqra'

jawapannya tetap sama. Kemudian Jibril mengajarnya
Jibril ghaib. Muhammad berlari menuruni gunung dengan ketakutan dan menggigil kesejukan.
Tiba-tiba, sekali lagi Jibril muncul dan berkata,"Muhammad, engkau adalah pesuruh Allah dan aku adalah malaikat Jibril."
Tubuh baginda menggeletar.

Pada peringkat awal, dakwah Islamiah dijalankan sembunyi-sembunyi di rumah untuk mengelakkan pemberontakan masyarakat arab yang masih belum mengenal Islam.

Demi keselamatan, mereka mnyembunyikan dahulu keislaman mereka. Hasil daripada dakwah peringkat awal ini, Rasuullah berjaya menarik minat kaum kerabatnya untuk memeluk Islam.
Apabila turun wahyu Allah untuk berdakwah secara terang terangan, baginda Rasulullah menjalankan dakwah Islamiah secara terbuka pertamanya di Bukit Uhud. Ramai orang Quraisy yang hadir termasu orang-orang kenamaan mereka.

Muhammad      : Wahai penduduk Mekah, jika aku kata ada bala tentera di belakang bukit hendak meyerang kita, adakah kamu percaya?
Orang ramai    : Kami percaya apa sahaja daripada engkau, Muhammad.
Muhammad      : Wahai penduduk Mekah, aku merayu kepada kamu semua, tinggalkan Tuhan kamu dan sembahlah Tuhan Yang Satu. Selamatkan diri kamu daripada api neraka kerana aku tidak mampu menghalang kamu dari balasan Tuhan. Aku cuma nampak bahaya yang datang dan memberi amaran kepada kamu untuk menyelamatkan kamu.
Abu Jahal        : Anak saudara kita memperbodohkan kita, Abu Talib! Tak malu kau Muhammad! Kau kumpulkan kami semua untuk ini!
Sumayyah        : Ini sungguh hebat!
Umayyah         : Hei, kau percaya orang ini!
Sumayyah        : Tentu sekali. segala galanya.

Dakwah baginda secara terang terangan dengan menggunakan pendekatan yang menarik dapat menarik beberapa orang arab memeluk Islam. Namun, tidak kurang juga ada yang menentang dan menyeksa orang yang memeluk Islam.

Sahabat Bilal : Kemana kau pergi semalam, Bilal?
Bilal             : Aku pergi menyertai mereka yang menerima ajaran Muhammad.
Sahabat Bilal : Kau sudah Islam?
Bilal             : Ya, aku sudah Islam.
Umayyah      : Hahaha...kau percaya kata Muhammad?
Bilal             : Ya, aku sanga mempercayai kata katanya.
Umayyah      : kau memang sungguh berani, Bilal!
Bilal             : Sesungguhnya nyawa aku di tangan Allah.


Umayyah       : Berani kau sekarang! Ucapkanlah penyaksian itu di hadapan semua orang!
Orang 1         : Memang patut pun!
Umayyah       : Cakap aku pemilik roh kau dan aku kana alihkan roh kau! Cakap! Cakap!
Wakil Abu Bakar: Aku wakil dari Saiyidina Abu Bakar. Dia ingin membeli lelaki ini daripada engkau. Sebut harganya.
Umayyah       : Baik. 10 keping emas.
Orang ramai   : Hahaha....
Wakil Abu Bakar melemparkan 10 keping emas.
Umayyah       : Kau fikir kau menang, bukan? Hahaha... Kau beritahu Abu Bakar aku boleh titip 3 keping emas untuk hamba tak guna ni!!Hahaha...
Wakil Abu Bakar: Dia sanggup bayar 100 wang emas.


Dalam sejarah Islam,Perang Badar merupakan perang pertama dalam Islam. Sebab berlakunya perang badar ialah Rasulullah telah memberi mandat kepada para sahabat agar menghalang kafilah Quraisy yang kembali dari Syam ke Mekah. Tentera Quraisy mempunyai 1000 orang tentera manakala tentera Islam hanya mempunyai 313 orang tentera. Dalam peperangan Ini, pihak Islam berjaya mengalahkan pihak lawan.


Menjelang usia Rasulullah 63 tahun...



Semoga, program usrah ini mampu membawa 1001 sinar perubahan dalam diri kita bersama...
semoga ukhwah kita kekal berkekalan selama lamanya...











Istiqamah Cemerlang, sekolah gemilang!!
wallahu a'lam..