Assalamualaikum,salam ukhwah buat semua pembaca yang dirahmati oleh Allah.
Buat pendakwah SMKAK bersabarlah dalam merenangi semua perjuangan kita yang selama ini dilakukan dengan terbaik.Tapi salah kita hanya kerna KUALITI program kita yang kurang memuaskan.Wahai para pendakwah,ana menyeru kepada antum semua, janganlah kita kecewa dengan apa yang berlaku walaupun kuliah dimansuhkan selama tiga hari setelah dipertahankan.
Selepas ini, kita perlulah melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat.Sedarlah daripada lena kita selama ini yang menganggap kes yang sama akan berulang.Kes couple,adik angkat dan abang angkat serta kakak angkat,perkara yang tidak dapat diatasi sampai sekarang.Apakah tindakan kita??? Adakah hanya melarang...buatlah tindakan dengan menerangkan kepada mereka itu apa erti sebenarnya perkara itu.
Bagaimana? mestilah dengan membuat kempen muhasabah cinta.Menjelaskan apa ertinya cinta dalam Islam.Apapun, tidak terkecuali terdengar oleh penulis bahawa pendakwah kita tidak berkualiti.Opss,apakah ini pandangan ummah terhadap kita.Biarlah mereka berkata begitu sedangkan asas kita memang kena memperbaiki diri kita setiap masa (muhasabah diri).
Perhatian kepada semua NAQIB,anda adalah pendakwah yang amat berpengaruh dalam SMKAK, dan anda berada BERSAMA-SAMA BADAR dalam memperjuangkan agama Allah.Konklusinya, bersama-sama kita menyabarkan diri kita semasa berada dalam jemaah walaupun ahli jemaah menyakitkan hati kita, hal ini berlaku kepada semua orang dan itu ujian Allah yang Allah mungkin tidak zahirkan kepada orang lain.