Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, March 12, 2011

PERUBAHAN DI SMKAK! APAKAH KITA AKAN TERUS BERTAHAN?

Assalamualaikum,salam  ukhwah  buat  semua  pembaca  yang dirahmati  oleh  Allah.


Buat pendakwah  SMKAK  bersabarlah dalam merenangi  semua perjuangan  kita  yang selama ini  dilakukan dengan  terbaik.Tapi  salah  kita hanya  kerna KUALITI  program  kita  yang kurang  memuaskan.Wahai  para  pendakwah,ana  menyeru  kepada  antum  semua, janganlah  kita  kecewa  dengan apa  yang berlaku  walaupun  kuliah  dimansuhkan selama  tiga  hari  setelah  dipertahankan.


 Selepas  ini,  kita  perlulah melakukan  aktiviti  yang  lebih  bermanfaat.Sedarlah  daripada  lena  kita  selama  ini  yang  menganggap  kes  yang  sama akan berulang.Kes  couple,adik  angkat dan abang angkat  serta  kakak angkat,perkara yang  tidak dapat  diatasi  sampai sekarang.Apakah  tindakan  kita???  Adakah  hanya melarang...buatlah tindakan dengan menerangkan  kepada  mereka  itu  apa erti sebenarnya perkara  itu.


Bagaimana? mestilah  dengan  membuat  kempen  muhasabah  cinta.Menjelaskan  apa  ertinya  cinta dalam  Islam.Apapun, tidak  terkecuali  terdengar oleh penulis bahawa  pendakwah  kita tidak berkualiti.Opss,apakah  ini  pandangan  ummah  terhadap  kita.Biarlah mereka  berkata  begitu sedangkan  asas  kita  memang  kena  memperbaiki  diri  kita setiap  masa (muhasabah  diri).


Perhatian  kepada  semua  NAQIB,anda adalah  pendakwah  yang  amat  berpengaruh  dalam  SMKAK, dan  anda  berada  BERSAMA-SAMA  BADAR  dalam  memperjuangkan  agama Allah.Konklusinya,  bersama-sama  kita  menyabarkan  diri  kita semasa berada  dalam  jemaah  walaupun  ahli  jemaah menyakitkan  hati  kita,  hal ini  berlaku kepada  semua  orang  dan itu  ujian  Allah yang Allah mungkin tidak  zahirkan kepada orang  lain.