Pages

Subscribe:

Labels

Tuesday, November 29, 2011

Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi...



Kali ini tulisan ku berbentuk santai. Sebelum kita teruskan dengan perbincangan kita, boleh la lihat dan dengar video di bawah...
  

 Antara lirik permulaan lagu ni berbunyi 
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,  

     Bila ku dengar lirik ini, ku rasa sebak. Mengapa? Bayangkan tika kita bangun pagi, kita merasakan tidur kita tidak mencukupi. Jika boleh, kita mahu agar kita mempunyai masa yang lebih untuk tidur.

      Namun, di masa kelak, pabila kita menghembuskan nafas terakhir di dunia ini mungkin kita akan meminta untuk dihidupkan semula. Sehingga kita merintih. Ingin dihidupkan semula. 

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)

Kadang-kadang kita terlalu leka dengan nikmat dunia. Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
( Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi)
Semoga kita tidak terus leka.