Pages

Subscribe:

Labels

Thursday, January 31, 2013

TAMPANNYA DIA ! !


Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam sayang,salam satu aqidah.kali ini ingin sekali kami kongsikan bersama-sama tentang susuk tubuh insan agung bernama Muhammad.sememangnya kita kenal secara umum siapa muhammad.namun bagaimana fizikalnya,jarang kita ketahui dan yang paling penting..jarang kita cari.! !

berlatarkan hadis-hadis sahih yang direkodkan oleh imam tirmizi di dalam kitabnya syamail muhammadiyah(keanggunanmu ya rasulallah),kami coretkan kembali disini ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh baginda Rasulullah saw..


FIZIKAL RASULALLAH

hadis pertama
Anas bin Malik berkata:"Rasulallah bukanlah orang yang terlalu tinggi,namun bukan juga terlalu pendek,kulitnya tidak putih pucat juga tidak sawo matang,rambutnya ikal tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.beliau diutuskan Allah menjadi rasul pada usia 40 tahun.beliau menetap di makkah sebagai rasul selama 10 tahun dan di madinah juga selama 101 tahun.beliau diwafatkan oleh Allah dalam usia 602 tahun,dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya." (direkodkan oleh:Bukhari,Muslim dan Tirmizi)

hadis kedua
Al-bara' bin 'Azib berkata : aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga(antara cuping telinga dan bahu),dengan memakai pakaian berwarna merah,yang lebih tampan daripada Rasulallah.beliau memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya.kedua-dua belah bahunya bidang.beliau bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi. (direkodkan oleh:Muslim,Abu Dawud dan Tirmizi)

hadis ketiga
Ali bin Abi Talib berkata:Rasulallah tidak tinggi dan tidak rendah,telapak tangan dan kakinya terasa tebal dagingnya namun lembut.kepalanya besar,tulang sendinya besar.bulu yang tumbuh di dada sehingga pusatnya lebat.apabila beliau berjalan,pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang rendah.tidak pernah aku melihat orang yang setanding dengannya,sama ada sebelum beliau lahir mahupun selepas beliau meninggal dunia (direkodkan oleh:Tirmizi)

 hadis keempat
Jabir bin Samurah berkata:aku melihat Rasulallah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama.pada waktu itu,beliau memakai pakaian berwarna merah.aku memandang beliau dan rembulan silih berganti.menurutku,beliau lebih indah daripada bulan purnama.(direkodkan oleh: Tirmizi)

meneliti hadis hadis diatas, jelaslah bahawa sesungguhnya kekasih Allah ini seorang yang sungguh tampan dan indah. Tetapi, sahabat sahabat jangan pula bersedih hati andai memiliki rupa yang kurang menarik. Hal ini demikian kerana Allah swt sendiri telah mengkhabarkan kepada kita bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian dalam firmanNya yang berbunyi:

mafhumnya: Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.
(at Tin 95: 4)




 KHATIMIN NUBUWWAH

Kita sedia maklum bahawa baginda Rasulullah saw adalah khatimin nubuwwah yakni, penutup sekalian nabi seperti yang dijelaskan dalam sepotong hadis:
Abu Zaid 'Amr bin Akhtab Al-Anshari berkata kepada 'Alba bin Ahmar: Rasulallah pernah berkata kepadaku,"wahai Abu Zaid,ke marilah dan usaplah belakang badanku."aku pun mengusap badan rasulallah dan jari-jemari ku menyentuh tanda kenabian. 'Alba bertanya kepada Abu Zaid,"bagaimanakah bentuk tanda kenabian itu?"Abu Zaid menjawab "gumpalan rambut" (direkodkan oleh:Tirmizi dan Ahmad)

RAMBUT RASULALLAH

bagaimana pula rambut baginda?? dalam hadis yang direkodkan oleh Tirmizi, Muslim, Ibnu Majah dan Nasa'i..
Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulallah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.

Dalam hadis lain yang direkodkan oleh Tirmizi,Abu Dawud dan Ibnu Majah..
Ummu Hani berkata:aku melihat rambut Rasulallah diikat empat

Dalam hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad..
Anas bin Malik berkata:aku hanya menemukan empat belas uban di rambut dan janggut rasulallah.
Dalam hadis lain,
Utsman bin Mauhab berkata:Abu Hurairah pernah ditanya,"adakah Rasulallah mewarnakan rambutnya?"Abu hurairah menjawab "ya."(direkodkan oleh:Tirmizi,Bukhari dan Ibnu Majah)
 daripada hadis hadis di atas, jelaslah bahawa Rasulullh merupakan seorang yang bukan sahaja tampan malah sentiasa menjaga kekemasan dirinya terutama rambutnya, yakni mahkota kepada manusia.


CELAK RASULALLAH

Baginda juga sentiasa mengamalkan pemakaian celak seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah
Ibnu Abbas melaporkan,Rasulallah berkata:"bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid,kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata."..Ibnu Abbas yakin,Rasulallah mempunyai peralatan bercelak yang digunakannya setiap malam,tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri.
Rasulullah saw memakai celak? Ya.. Baginda sentiasa memakai celak kerana celak bukan sahaja dapat mencerahkan penglihatan malah mampu menumbuhkan bulu mata..

Akhir kalam, semogaperkongsian ringkas di sini dapat kita jadikan pedoman untuk memperbaiki diri demi menggapai redhaNya.. Wallahu a'lam~